Friday, March 12, 2010

Anak Asyik Menangis

Anak saya kuat sangat menangis, dari dalam pantang sampai sekarang.tp sekarang cuma mengamuk time nk tdo je.walaupun tak hilang semua, tp Alhamdulillah la sbb dh byk sgt kurangnya.itu pun dlm 15 tempat juga pegi berubat anak, termasuk la Darul Syifa…klu time dia nangis teruk tu sambil pejam mata, mengeras dan biru badan. Klu time anak nangis tu saya mest nangis skali sbb kesian tgk keadaan dia.anak akan menangis dengan teruk setiap kali nak tidur. Kadang2 bacakan Yasin beberapa kali puna anak still tak berhenti menangis.

Ada juga Ustaz dan Ustazah mengatakan yang anak saya diganggu dan ternampak makhluk halus..

Ini antara yg saya jumpa di internet dan ada yg Ustaz @ Ustazah beri petua

  • Amalan setiap kali memasuki rumah tidak kira sama ada beranak kecil atau tidak ialah membaca bismillah, surah Kursi, Surah Ikhlas dan beri salam. Insya Allah terhindar dari gangguan syaitan dan jin.
  • Untuk bayi yg selalu menangis bacakan 7 kali fatehah dan 7 kali ayah kursi lalu hembuskan di telinga bayi kiri dan kanan. Bayi sering diganggu iblis dan jin,
    jadi jangan bawa bayi keluar rumah waktu matahari tegak, waktu maghrib dan waktu tengah malam.
  • Basuh tangan, kaki, dan berwuduk sebelum pegang anak jika kita baru pulang dr mana2.Selalulah kalau balik waktu maghrib terutamanya memulakan bismilah dan salam dan masuk ke rumah dengan mendahulukan punggung masuk ke rumah. Ini menghalang jin yang mengikut masuk sekali kedalam rumah kita.
  • Bila memberikan makan kepada bayi, menyusu janganlah lupa memulakan dengan bismilah. Tidurkan bayi dengan membaca 3 qul kepada kita dahulu dan barulah bacakan 3 qul ditapak tangan kita dan hembus perlahan dan usapkan keseluruh badan bayi. Baca ayatul kursi dan bayangkan ada aura putih yang mengembang ke seluruh rumah (pedinding) yang mempunyai ribuan jarum tajam yang membakar sekiranya jin hampir.
  • Saya ada bertanya pada seorang Ustaz dan beliau suruh saya tengok kat belakang telinga @ bawah ketiak @ celah peha anak samada terdapat biji atau tak, klu ada biji, maknanya anak ada sawan tangis. Tapi takde lak biji tersebut pada anak saya. Menurut Ustaz tersebut, jika anak ada sawan tangis, setiap pagi ambil air liur ibu (air liur basi) urut pada biji tersebut dgn berselawat.
  • bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Bertaqwa dan bertawakal kepada Allah nescaya segalanya selamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.