Monday, March 8, 2010

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut saya gugur teruk sangat lately ni. Mmg risau la kenapa tiba2 gugur teruk sgt. 1 day call mak,mak tanya rambut gugur byk x, pelik gak mcmana mak blh tau rambut byk gugur. Mak cakap skrg ni ank saya byk main buih air liur, dh pandai buat blowing berries dah. Klu ikutkan org2 tua, bila anak main air liur mcmtu, nanti rambut ibu dia akan gugur dan kebetulan hal ni jadi pada saya...huhu...tp mmg sgt2 risau. Bila sikat je byk giler melekat pd sikat, gugur atas lantai, dalam bilik air bersepah dgn rambut. Lastly las weekend saya pegi kedai and potong rambut paras bahu...sayangnya tp untuk mengurangkan kuantiti rambut dari gugur, terpaksa la


Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin.

Apa yang anda perlu ketahui:

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya ( blowing berries ).
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:

  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.

Sumber:


dermatology.svhm.org.au
Postpartum hair loss, babycenter.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.