Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah, Haziq dah ok

Syukur Alhamdulillah, Haziq dah kemabli sihat macam biasa. Dah 3 malam Haziq tak nangis, meronta2 tengah tidur. Terima kasih pada Ustaz Abdullah kerana telah menolong. Dengan izin Allah SWT, Haziq dah kembali seperti biasa. Ibu harap keadaan ni akan berlarutan macam ni.

Hari Khamis ibu dan abah bawa Haziq jumpa pakar lagi. Ibu tau memang dari pandangan dan rasa hati ibu, anak ibu ni tak nampak ada sakit fizikal tapi daripada rasa was-was tu ada dalam diri, baik ibu bawa pergi check lagi kan. Daripada apa yang doktor check, doktor pun cakap Haziq sihat. Semua ibu suruh doktor check sampai la ke dalam2 lubang telinga.

Balik tu ibu call Ustaz, Ustaz cakap esok dia datang rumah. Alhamdulillah la malam tu Haziq boleh tidur nyenyak. Jaga untuk menyusu je. Untuk anak ibu, kuatkan semangat ye, Haziq kan hero. Selalunya gerak hati ibu pada anak2 ni kuat. Apa yang ibu rasa tu selalunya betul.

Pada ibu2 kan luar sana tu, kalau anak ada sesuatu yang pelik2 tu bawa la jumpa Ustaz @ Ustazah yang boleh membantu tapi cari lah yang betul2 menggunakan ayat Al-Quran. Memang zaman sekarang ni zaman moden, banyak perubatan canggih manggih ni tapi ada juga hal2 yang tak boleh nak diubati guna kaedah moden

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.