Wednesday, March 30, 2011

Memaafkan dan Dimaafkan

Kalau kita ada buat salah mesti kita akan minta maaf tapi yakin ke kita yang kita telah dimaafkan. Kadang-kadang mulut dah cakap, ok saya maafkan. Tapi hati masih lagi luka, masih lagi teringat pasal kejadian tu. Tu maknanya kita dah memaafkan dia sepenuhnya ke? Ke dah menjurus ke arah dendam? Iskh,minta dijauhkan la macam tu kan.Memaafkan dan melupakan tu jauh lebih baik daripada kita berdendam. 

Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.
Kadang-kadang kita tau yang kita belum memaafkan seseorang itu dengan sepenuhnya tapi pada masa yang sama kita tak sedar yang kita sedang merosakan diri sendiri. Bila terfikir nak memaafkan seseorang tu sepenuh hati tapi bila fikirkan balik apa yang berlaku, hilang rasa untuk memaafkan. Tapi saya pasti satu hari nanti saya dapat memaafkan seseorang itu. Sebab selagi kita tak memaafkan dia, hati kita pun tak tenang. Kena banyak muhasabah diri. Kena ingat yang kita ni hanya hamba Allah SWT yang tidak pernah sempurna. Mungkin kita ada rasa macamtu pada seseorang dan tak mungkin orang lain juga ada rasa yang sama pada kita. Tapi mintak dijauhkan la.

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain? Setiap malam sebelum tidur, maafkanlah semua orang disekeliling kita, insyaAllah hati kita akan tenang.

Selalu dengar pasal forgive and forget kan. Kadang-kadang kita boleh forgive tapi tak boleh forget. Tapi tu tak bererti kita tak memaafkan. Mungkin kejadian tu disebabkan oleh seseorang yang terlalu rapat dengan kita, yang kita tak sangka dia akan buat macamtu.


Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam al-Quran adalah sikap memaafkan, yang bermaksud: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.” 


Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.



Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.



Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”



Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.



Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.



Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.



Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.



Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.