Monday, January 24, 2011

Hari Minggu

Hari minggu dengan Haziq, memang macam2 kerenah la. Letih. Tapi Haziq tak tau letih pun. Hari cuti memang Haziq tak nak tdo siang, ngantok sampai jalan melelong baru la nak tdo, itu pun dalam 30 minit - 1 jam je. Ibu rasa anak ibu ni memang seorang yang sangat2 menghargai masa. Hari Sabtu abah keje so ibu berperang dengan Haziq je la kat rumah. Mana tak berperangnya tengok la ni aktiviti2 Haziq - 'kemaskan' majalah2 ibu, 'lipat' kain2 yang ibu dah lipat, mungkin cara ibu lipat tu Haziq rasa x cantik kot kan.

Abah balik keje pukul 3 , lepas Asar plan nak jalan2 ke Putrajaya, dah sampai Putrajaya hujan la pulak. Patah balik singgah Giant Sri Kembangan sebab nak cari barang2 dapur. Memang seronok la Haziq dapat main ni sampai tak nak balik. Nangis sampai dalam kereta sebab seronok bermain. Kalau car tu ringan ibu dah cabut bawak balik rumah dah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.