Thursday, January 13, 2011

Dah besar dah anak teruna ibu

Malam tadi Haziq kusyuk je tengok tv sambil baring2 atas abah tapi abah kena la sebut ' La illah ha illalah ' sambil geleng2 kepala sebab permintaan Haziq. Kalau nak suruh buat mcmtu mesti Haziq akan geleng2kan kepala dia. Baring tengok tv sampai mengantok la. So malam tadi kurangla Haziq melawat kawasan.
Pagi tadi pun bangun awal sebelum azan Subuh. Datang duduk bersila kat dapur teman ibu masak sambil bercerita sesuatu tapi ibu tak faham la sebab dalam bahasa German tapi ibu layankan je la. Lepas tu ibu nak mandi, sembahyang pun Haziq tak kacau dah. Dok main kat tepi abah sebab abah tertido. Good son ;)
Aktiviti dan pesanan ibu setiap hari sebelum pergi keje

- amin ibu
- kiss ibu
- ibu kiss Haziq
- see you
- dont be naugthy
- makan bekal yang ibu sediakan
- jangan gaduh dengan yang lain
- Assalamualaikum
- Haziq babye ibu, ibu babye Haziq

Itu lah aktiviti dan pesanan yang berulang setiap hari.

Setiap hari jugak Haziq akan call ayah walaupun Haziq cakap dalam bahasa German tapi ayah, mak, pak cik, mak long, pak long, along, kakak, kakchik kalau call mesti suruh bagi phone kat Boboy. Kalau cakap 'hello ayah' automatik tangan Haziq akan ada kat telinga dan terus bercakap dengan ramahnya. Kalau time kata 'hello ayah' tu Haziq tengah pegang remote, remote la yang naik kat telinga tu. Tak pun Haziq akan cari hset dia. hehe... Jadi ibu pun call la betul2. Sebab ibu tau semuanya saling merindu. hehe..

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.