Thursday, April 5, 2012

Bersabarlah

Saya sebenarnya dalam mood geram, nak marah pun ada. Saya call klinik sebab nak comfirmkan sesuatu tp terlalu susah untuk diorang nak faham. Daripada dialek tu saya tau la dia tu orang dari negeri mana, tapi tolongla faham. Saya dah cerita daripada A-Z tapi masih tak faham jugak. Lepas tu boleh pulak nurse tu cakap kejap ye saya panggil orang lain untuk cakap dengan puan. Ya Allah, kenapa la susah sangat, saya dah cerita apa yang berlaku, apa yang saya buat. Saya cuma nak tau Isnin nanti pegi jumpa doctor ikut appoinment atau pun kena tunggu result keluar dulu. Itu pun susah ke.

Lepastu saya cakap kalau panggil orang lain nanti saya nak kena bercerita berulang kali. Saya minta tolong dia comfirmkan dengan doctor, check dengan doctor macamana. Itu la tujuan saya call. Boleh lak dia cakap tapi doctor ada dalam bilik dia. Ye, saya tau. Boleh tak kalau cik tolong tanyakan kepada doctor ataupun tolong pass line saya kepada doctor. Huhu.... Pagi2 dah nak hangin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.