Haziq memang seronok sangat kalau dapat balik kampung. Bebas sebebasnya. Kat kampung macam2 aktiviti yang Haziq buat, memang tak cukup masa. Nak tidur pun rasa sayang masa tu terbiar macam tu saja. Tapi kesian pada yang kena eskot Haziq la - pak cik, along, kakak, baby. Kalau ikutkan Haziq setiap masa nak duduk kat luar, tak nak masuk dalam rumah. Tak kira la tengah panas terik ke hujan rintik ke. Makan, minum, tidur, semuanya kena paksa.
Pukul berapa celik mata terus suruh buka pintu nak keluar. Dah nak mulakan aktiviti berkawad. Tak kiralah gelap ke apa. Macam2 peel. Lepastu ikut mak / pak cik / along bagi itik, ayam, burung makan. Memang tu aktiviti harian Haziq la.
Petang2 Haziq dah siap sedia dengan ranting kayu tunggu ayah kat tepi kebun sebab ayah akan bawak balik lembu masuk kandang. Haziq tak takut langsung. Lepastu pantang nampak sesiapa nak naik motor memang nak ikut. Boleh naik motor memang gembira tak terkata la.
Nanti ada masa, ada rezeki kita balik lagi ye.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.