Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong merupakan tempat pertama dalam Malaysia yang menempatkan semua penghuni Islam. Pengasas rumah ini adalah seorang yang sangat berhati mulia iaitu Puan Muji, bekas ketua jururawat di Hospital Serdang.
Kat sini ada 55 orang penghuni, 25 lelaki dan 30 perempuan. Ada yang sihat, ada yang sakit.. Ada yang kena strok, tak cukup oksigen, ingatan tak berapa baik. Ada yang dihantar oleh pihak hospital, ada yang dihantar oleh keluarga. Kat sini bukan yang hanya berasal dair Selangor tapi dari negeri2 lain. Yang saya tanya semalam ada yang dari Kedah, Penang, Perak, macam2 negeri.
Ada juga kejadian anak hantar ibu/bapa ke sini lepastu terus tak datang melawat sampai la meninggal. Selaam 2 tahun tak datang jenguk. Puan Muji dan pembantu2 yang menguruskan jenazah.Sedih bila dengar kes macamni. Semalam berborak dengan sorang mak cik yang beasal dari Kedah.
Macik : sihat
Saya : mcik asal dari mana
Mcik : dari Kedah. Anak orang mana
Saya : saya pun dari Kedah
mulalah sesi perkenalan tanya tempat kat mana semua
Mcik : balik kampung dak?
Saya : buat masa sekarang ni setiap bulan balik mcik
Mcik : mak ayah ada lagi ?
Saya : ada lagi
Mcik : balik lah kerap2 tengok mak ayah, kesian kat depa. depa bukan mau duit tapi depa nak tengok anak cucu
Masa ni memang saya tak dapat tahan linangan air mata. Mesti mcik ni sedih.
Mcik : anak mcik ada kat KL , keja kerajaan tapi jarang sangat datang melawat
Saya : tak pa la mcik dok kat sini pun ramai kawan2, ada orang jaga mcik
Mcik : nanti mai la lagi tengok mcik naa
Saya : InsyaAllah nanti saya mai lagi melawat mcik.
Seronok diorang semalam dok pegang2 Dhia. Tapi ramai yang dha tak kuat dah tangan, takut nak pegang, takut terlepas.
Semalam tak dapat duduk lama sangat sebab nak hujan. Kereta parking kat jalan. Kalau hujan lebat nanti susah pulak dengan bawak baby lagi. InsyaAllah kalau berkesempatan, lain kali saya akan datang lagi ke sana. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Puan Muji dan pembantu2 di sana.
Kepada anak2, sesibuk mana pun kita jangan la lupakan tanggungjawab kepada ke dua ibu bapa yang telah berkorban untuk kita. Sesungguhnya jasa diorang tak mampu kita balas. Tanpa mereka siapalah kita. Duit perlu dicari tapi jangan sampai lupakan ibu bapa. Tanpa mereka, tak mungkin kita akan jadi macam sekarang.
Kepada yang nak datang ziarah sangat2 dialu2kan. Mereka akan menyambut kita dengan senyuman yang amat besar maknanya.
Rumah Jagaan dan Rawatan Al-Ikhlas
Lot 3530, Jalan Besar, batu 18
Kampung pulau Meranti,
47120 Puchong, Selangor
(kat masjid lama)
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut:
Puan Muji bt Sulaiman
MBB: 164070451718
Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua AlIkhlas
ArRajhi: 12700106-1101131
Puan Muji : 016-6786364, 012-2433743
seronok berkesempatan melawat rumah orang tua kan... semoga jadi pedoman untuk kita masa akan datang...
ReplyDelete;)
Delete