Monday, August 26, 2013

Weekend : Riadah & Kenduri

Pagi Sabtu lepas buat aktiviti riadah bersama keluarga. Tapi yang betul2 riadah abang dengan abah je, main basikal, ball. Ibu dengan adik pun riadah jugak tapi riadah mulut, makan je la sambil2 tunggu abang puas main. Pegi ke taman permainan kat Cyberjaya je. Bawa tikar skali senang nak bagi adik duduk, boleh la buat aktiviti bebas atas tikar tu. Abang memang seronok sangat la dia. Selalu bawa ke sini sebab dia nak main2, main yang tak pernah puas. Enjoy sangat la abang. Pagi tu masak bubur untuk adik pastu buat nasi goreng. Macam berkelah lah jugak jadinya. Hehe...




Pukul 10am balik dari Cyberjaya. Rehat2 kejap pastu pukul 12.30pm kitorang p kenduri kahwin pulak kat blok sebelah. Kenal pengantin sebab sama2 tunggu bas pergi dan balik keje. Pastu kebetulan keje pun di satu kawasan yang sama jugak. Pastu kebetulan lagi nama pun sama jugak, Ida ;) . Selamat pengantin baru untuk Ida dan pasangan, semoga berkekalan hingga ke Jannah. Tak de gambar dengan pengantin sebab masa nak balik tu pegantin baru dok make up, lambat sikit. 

 Tengok la gaya abang, macam2 pose dia buat
Ni asalnya adik ok je tapi abang la buat gaya macam2, dok suruh duduk betul2 tapi tak nak jugak, last2 adik pun tension dah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.