Rabu malam Khamis tu ada bleeding, banyak la jugak. Lepas tu stop. Khamis datang keje macam biasa, lepastu tengok ada lagi bleeding tapi tak banyak macam malam tadi la. Risau sebab masa Haziq dulu tak jadi macamni pun. Terus pegi klinik, doctor tak check apa2 pun, borak2 tanya itu ini, bagi suggestion, suruh monitor, bagi mc untuk rest, kena bayar RM40, lepastu balik rumah. Huhu...
Malam rasa tak puas hati sebab doctor langsung tak check. Pegi lak klinik yang selalu pegi kat rumah tu. Doctor scan memang nampak kantung tapi belum nampak fetus lagi sebab masih terlalu awal. Dari apa yang doctor scan, dalam 4 minggu lebih. Fetus akan nampak paling awal dalam masa 7 minggu. Doctor suruh monitor kalau bleeding tu dah stop, insyaAllah baby boleh survive. Lagi 2 minggu kena pegi scan lagi tengok ada ke tak.
Lepastu perut pun rasa sengal2 macam sakit time period tu. Memang teramat risau la sebab masa balik kampung tu buat kerja lasak sikit, memanjat pasang langsir, pegi beli barang sana sini, berlari, minum 100 plus, sprite, nescafe. Semua hentam. Lagi 2 minggu nak pegi scan lagi. Harap2 semuanya akan selamat
jangan buat keja berat2 tau...
ReplyDelete