Monday, October 24, 2011

Pengalaman

Dah lama tak cuba nasib pergi inteview ni. Last interview beberapa bulan yang lepas di sebuah syarikat penerbangan. Tu pun setelah setahun lebih tak pergi interview.

Sabtu lepas mencuba nasib attend 1 interview. Perjalanan ambik masa lebih kurang 45 minit. Itu dalam keadaan jalan yang lengang, cuba bayangkan kalau masa office hour agak2 pergi dan balik tu ambik masa berapa lama untuk travel. Tak pe, tu fikir kemudian.

encik asben : jalan ni macam tempat nak jual orang saja pun, betul ke nak pegi interview ni
Saya : Tak pe la, dah sampai sini, try saja la. Tak rugi pun mencuba (dalam hati macam berbelah bahagi la jugak)

Tapi bila masuk dalam office memang totally berubahan la perception dari apa yang dilihat sepanjang jalan nak sampai tu

Interview schedule pukul 9.30am tapi saya sampai 8.30am. Ok la kan sebab nak isi2 borang lagi lepastu yang lebih utama nak tumpang toilet sekali.

Dah lepas isi borang tu bermula lah sesi borak di antara interviewer dan interviewee.

Saya tak kisah la dapat ke tak tapi yang pasti saya dah cuba dan interviewer tu buat saya rasa macam terasa diriku begitu berharga. Hehe... perasan kan. Antara dialognya :

This is not the first time we advertise for this vacancy. We received thousands resume but I'm really hope that I can meet you and talk to you

If I can make decision, I'll directly give this position to you but I need to follow the rules. I hope after this no one can turn up for the interview, so that I can select you

Cukup la sekatak tu saja walaupun banyak lagi diolog lain. Tapi dia memang buat hati saya rasa berbunga2. Dapat ke tak dapat tu belakang kira la kan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.