Saya ni kan setiap hari penuh dengan angan2. Berangan tu, berangan ni. Jom tengok list angan2 saya yang terlintas kat kepala buat masa ni
1. Nak balik kampung
Rasa macam nak cari keja kat area sana. Area Kedah. tapi tak kisah la kalau tak Kedah sangat pun ok. Janji berdekatan dengan Kedah. Kalau mak, ayah, family sakit demam ke apa, senang sikit sebab dekat. Lagipun lepas SPM terus merantau sampai sekarang. Balik pun kejap2 saja
Lepas tu kalau kat kampung living cost pun tak tinggi macam kat sini. Jamm pun tak teruk sangat. Udara pun segar bugar
2. Nak berniaga
Ni tak la tercapai sangat, tapi boleh la sikit2. Saya buat bisnes kecik2 saja. Bisnes ke? Hehe...Tapi kalau sape2 nak order triffle, kek karamel, kek coklat, dadih tu boleh la. Klik la link ni kalau nk usha2 http://desserthouz.blogspot.com/
Lepas tu teringin jugak nak berniaga sendiri. Tapi lambat lagi rasanya nak tercapai. Huhu...
3. Nak jaga anak sendiri
Ni lagi lambat nak tercapai. Kena kerja kuat dulu lepastu baru lah boleh jadi housewife
Apa lagi ye? Macam ada lagi. Tapi nanti2 la.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.