Malam sabtu tu lepas Haziq tidur, pukul 10.30 saya memulakan proses kek chocolate moist. Memang kena tunggu Haziq tidur dulu baru boleh buat sebabnya kalau dia tak tidur, saya lak yang jadi assistant Haziq nanti.
Pagi Sabtu pukul 7.30 pagi dah turun berjalan kat bawah dengan Haziq. Orang baru dapat kaki, so memang berjalan je la kerjanya. Tapi mata memang kena memandang la sebab kalau dapat apa yang menarik minat je mesti nak kutip, macam plastik apa2 yang berwarna warni sikit tu...Picture ni lak saya tak tau apa motif sebenar Haziq ni.hmm...
Lepas tu prepare untuk lunch pulak. Nak buat nasik minyak hujan panas and the geng tapi tak cukup geng la pulak. Ambik papadom nak goreng, tapi tengok2 dah expired. Tu la jadinya bila dah beli lepas tu guna setahun sekali je. So namanya nasik minyak hujan panas tak cukup geng.
Petang lepas Asar turun lagi bawak Haziq jalan2 lepas tu ramai budak2 main bola, naik basikal. Mesti dalam hati Haziq bila la nak sampai turn dia nak main2 macam tu. Sabar ye.
Hari Ahad tu saja bawa Haziq pegi Sunway Pyramid. Idea sape ntah ni. Rasa macam idea saya je ni. Ibu yang over lebih dari Haziq. Reason nak bawa Haziq jalan2, padahal saya yang nak jalan2 kot. Tapi memang Haziq gembira sangat2. Haziq memang suka dengan suasana orang ramai2 ni, happening
Lepas ni kita boleh gosok gigi sama2 ye. Tak yah la Haziq nak berebut berus gigi dengan ibu je nanti
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.