Dulu kalau sebut bab masak mesti rasa seram sejuk. Memang saya tak pandai masak, tapi sekarang ok la sikit2. Dari form 1-3 duduk hostel. Lepas form 5 masuk matrik, lepas matrik terbang ke Labuan. Masa tu memang saya tak tau la masak2 ni. Yang saya tau tolong kupas itu ini, kacau jangan bagi hangit. Tak ada apa pun yang saya boleh masak sendiri. Tapi semuanya berubah bila dah kahwin, duduk rumah sendiri.
Kalau kita tak cuba kita tak tau. Macam tu jugak la dengan masak. Saya selalu kalau nak masak apa saya call mak atau kak, tanya sebijik2 bahan apa nak guna, macamana nak masak, sedetailnya la. Lepas tu selalu jugak cari resepi kat internet. Encik google kan tak kedekut.
Ingat lagi masa kali pertama raya rumah mak mertua. Mak request suruh masak rendang ayam. Ya Allah, masa tu memang dap dip dup la dalam dada. Terus call mak tanya mak macamana. Memang la pernah tengok mak buat, tolong mak potong itu ini, tolong kacau kat kuali tapi tak pernah buat sendiri semuanya. Tapi alhamdulillah menjadi la jugak rendang ayam raya tu. Syukur
Lepas tu sekarang ni saya memang suka explore tengok macam2 resepi. Sekarang kalau hari cuti ada saja la yang saya masak, cuba resepi baru la kadang2 tu. OK jugak la, ada la jugak perubahan pada saya, daripada tak tau apa2, dah boleh la masak bagi orang rasa sikit2.
Saya suka masak macam kek ke puding tu tapi tak suka makan sangat. Kalau masak, saya bagi la dekat jiran2, lepas tu nanti encik asben bawa bekal jugak. Tu dah buat saya suka. Masak ni pun salah satu bakat yang kita kena asah, macam pisau la makin kita asah, makin tajam la jadinya. Tapi apa yang pasti walau beribu resepi yang saya kumpul ianya tak kan sesekali dapat mengalahkn masakan mak ;) . Masakan mak yang terbaik
betul2...mskan emak yg trbaik..=)
ReplyDelete@~MAWAR~ btol3 ;)
ReplyDeleteyela masakan mak yang terbaik kan....(aku tk boleh berdiam diri kena blaja masak dr sekarang...nnt anak2 aku ubah quot tu jadi masakan ayah adalah terbaik ) ya a..aw....aw...
ReplyDelete@Zuran haa..sila2lah.buku byk dh hg bli kn wei.slmt berusaha
ReplyDelete