Sekarang ni cuma jasad ada di sini tapi hati di kampung. Hari ni genapla seminggu arwah tok pergi. Mak lak asyik tak sihat. Ye la selama ni mak yang uruskan semua untuk tok mandi, makan, pakai, segala2nya. Ni bila arwah dah tak ada mesti mak rasa sesuatu yang boleh buat mak down.
Ayah lak ada sesuatu yang membuatkan ayah mudah mengalirkan air mata semenjak arwah tok pergi. Malam ni ada kenduri kat rumah. Ayah cakap minggu lepas buat kenduri ada pak cik (adik ayah), mie (encik asben) ramai la jugak. Ni cuma ada ayah, abg din (abang ipar), adik nak uruskan semua. Bukan itu yang membuatkan air mata ayah mengalir tapi ada sebab lain. Walaupun ayah mengalirkan air mata tapi tu tak bermakna ayah lemah. Tapi ayah sentiasa menjadi kebanggaan kami, anak-anak ayah. Semoga mak dan ayah sentiasa sabar dan tabah.
Esok cuti, so total cuti 3 hari. Kalau saya sorang2 mesti saya dah naik bas, balik kampung sebab encik asben kena kerja. Tapi dengan Haziq tak berani la saya nak ambil risiko naik bas tu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.