Hari Khamis lepas tok meninggal. Masa tu tengah msg dengan kak. Msg dari kak
Pak cik tepon suruh balik, tanya pasai apa, pcik kata balik la dulu. Mesti pasai tok
Saya pun rasa tak sedap hati. Terus call ayah. Memang tok dah meninggal. Innalillah hi wainnalillah hi rajiun. Masa saya call tu dalam pukul 4.15pm. Sepatutnya malam tu nak buat bacaan Yassin kat rumah, dah jemput orang, prepare untuk makan malam tu. Tapi bertukar menjadi majlis tahlil. Dah sampai masa untuk tok pergi setelah lebih setahun terlantar sakit.Itu yang terbaik untuk arwah tok.
Lepas tu saya bgtau bos, terus balik rumah. Berkali2 call encik asben tapi tak jawab, nasib baik ada number kawan dia. Lepas tu encik asben balik terus ambik Haziq. Balik rumah keluarkan beberapa baju yang tak perlu dari beg baju tu sebab belum kemas lagi baju2 yang balik dari kampung hari Ahad tu. 4 hari balik pulak.
Dah nak masuk highway encik asben tersedar dia terlupa ambil hphone. Terpaksa patah balik. Selalu tak ada pun kejadian macamni. Selalu masuk dalam kereta tu akan verify balik semua2 benda yang patut bawa. Tapi ni sebab nak cepat, macamni la jadinya. Dah buang masa. huhu..
Lepas tu jalan jammed pulak kat Subang dengan Sungai Buloh sebab time orang balik kerja. Ayah cakap nak kebumikan malam tu jugak. Bagus lah sebab arwah tok pun dah terlalu lama terlantar, lagi cepat kebumikan lagi bagus. on the way tu adik call bagitau ada lagi sorang pak cik kat sebelah kampung pun meninggal jugak. Innalillah hi wainnalillah hi rajiun.
Sampai kat Gurun dalam pukul 10.30pm, ayah bgtau dah nak bawa jenazah ke kubur. Awaltu ayah cakap nak tunggu saya tapi rasa macam lambat, saya suruh ayah teruskan. Tak nak la sebab nak tunggu saya nanti kena lambatkan yang tak sepatutnya. Semoga arwah tenang di sana dan Allah permudahkan perjalanan di sana serta tempatkan arwah di golongan insan2 yang terpilih.
Sepatutnya saya balik Puchong hari Ahad sebab Isnin dah nak kerja. Dah siap packing semua dah. Tapi tambah lagi 1 hari cuti sebab kesian lak nak tinggalkan ayah dan mak. Lagipun keluarga pak cik pun bertolak hari yang sama. Nanti mesti ayah dan mak rasa sunyi sangat kat rumah tu. Mesti terasa kehilangan walaupun yang pergi hanya seorang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.