Aidiladha tahun ni tak berapa meriah. Kampung asben tak ada sambutan raya haji, just masak simple - nasik himpit,kuah kacang,rendang. Lepas tu makan la sape yang ada. Takde pakai baju raya, takde beraya ke rumah orang, orang takde datang beraya.huhu....Haziq pun tak sedar yang hari tu hari raya sebab saya pun rasa mcm cuti biasa je.huhu...xpe2...Tapi jeles la bila call kampung orang tu datang, orang ni datang beraya.haa...nak raya jugak...
Hari Jumaat, 19 November 2011 genap setahun umur hero kesayangan kami, Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi.
hepy 1st bday to our dearest son, Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi.ibu dan abah doakan supaya jd ank yg soleh,ikut segala peritah Allah,tinggalkan segala laranganNya,mdengar kata,mhormati org tua,
mjadi org yg bijak.doa ibu sentiasa mengiringi setiap hela nafas anak ibu...be a good son.ibu sentiasa berdoa agar ibu dpt mdidik anak ibu menjd seorg insan yg beriman,bguna
Jumaat tu pukul 6 pg lepas se
mbahyang Subuh bertolak balik ke Kedah. Singgah Jitra dulu
pegi bank. Saya dukung Haziq skali masuk dalam bank. Seperti biasa dia menjerit dengan tgn kaki xdok diam. Semua orang dia nak tegur. Ada 2 orang pakcik tu dukung Haziq, Haziq siap kiss pipi pakcik tu, dapat la duit raya...hehe...duit raya pertama untuk raya haji.
Pukul 11.30 pg selamat sampai rumah. As usual semua orang tengah tunggu kepulangan kami Haziq.
Sabtu saya p ambik kek yang saya dah tempah untuk Haziq, bli barang2 sikit. Just buat simple2 saja.
Menu: bihun sup, nugget, kentang goreng, wafer, sumi
Jemputan: saudara mara, budak2 kat kg dan mak2 budak.hehe...
Walaupun buat sikit2 tapi setengah hari jugak la. Letihnya malam tu rasa macam nak pengsan dah la esok paginya dah bak kena balik Puchong dah. kan best kalau boleh add on cuti lg 1 hari.hehe...
Aktiviti wajib Haziq kat kampung - melawat kandang lembu, reban ayam, reban itik, ronda2 naik motor. Pendek kata memang takde masa rehat la, schedule mesti penuh
happy birthday haziq! tahun depan mintak 2 kek na sebab birthday ke-2... ;p
ReplyDeleteinsyaAllah sebelum bday yg ke 2 aku akn berusaha bljr buat kek n deco sndri.hehe..cayok2
ReplyDelete