Tuesday, November 2, 2010

Alkisahnya

Ni seluar kak chik bagi ni utk umur 4 thn. pakaikan untuk Haziq sebab kak chik kata adik popoy demam windu kak chik la tu (ala2 org bercinta lak)

Petang Khamis tu masa ambik Haziq dari rumah pengasuh tengok Haziq selsema + batuk. Lepas sembahyang maghrib terus bawa Haziq p klinik. Masa doktor check tu ada tanya doktor ada kahak x dalam paru2 Haziq,doktor kata ok, xserius. So doktor bg ubat selsema + batuk. Malam tu dalam pukul 11.45 mlm tba2 badan Haziq panasyang teramat panas.
Wajah2 kelesuan, keletihan

Check temperature tengok2 39.7.huhu...terus bg makan ubat demam yang mmg saya dah spare kat rumh. Lepas tu pegi dapur ambik asam jawa,campur dengan air - jelum kepala Haziq. Sepanjang malam tu mmg tak tidur,asyik pantau keadaan Haziq sebab badan panas sangat. Haziq pun tak boleh tidur, rimas dengan selsema,batuk,demam. Asben pun skali tak tidur.
Jumaat tu terus sms bos bgtau saya EL. Memangla ngantok tapi main
point EL tu sebab tak sampai hati nak tinggalkan Haziq dengan pengasuh. Siang tu badan Haziq ok,dah tak panas macam malam tadi. Tapi memang Haziq tak bermaya, letih ja lepas
tu dengan tak cukup tidur lagi. Betul la pengasuh cakap Haziq klu nangis mesti panggil 'bu'. Memang terjadi pun. Lepas tu tba2 saya dengar 'bu, tak qhat' (xlarat). Saya terpk sendiri betul ke keluar dari mulut Haziq ke cuma imaginasi saya je. Lepas tu lagi skali 'tak qhat'. Saya dah rasa gembira tapi buat2 biasa je sebab rasa mungkin imaginasi saya yang lebih. Dan yang kali ke 3 lagi sekali 'tak qhat' lepas tu ada sambungan 'adoidoidoi'. Saya terus peluk Haziq, anak ibu dah pandai cakap dah...hepynya...Asben balik keje tu saya cerita kat asben tapi asben mcm tak ber
apa percaya, xpe la,xkisah, yang penting mmg saya dah dengar sendiri.hehe... Dalam pukul 8 mlm tba2 badan Haziq jadi panas mendadak, terus bawa p klinik, doktor check temperature 39. Doktor pun check lagi dada Haziq dan saya still tanya soalan yang sama, dada Haziq ok ke doktor. Doktor kata ok, not bad. Dapatla ubat kahak, ubat demam, antibiotik.
Nak bagi Haziq macam ubat sama la macam nak ajak Haziq p berperang. Kena kepit kaki, tangan, sorang kena pegang kepala, buka mulut. Tu pun banyak dari yang keluar daripada yang masuk mulut.
Sabtu tu Haziq tak ada demam dah just selsema dan batuk. Lepas asben balik keje,bawak Haziq p warehouse mydear, belikan 1 tolocar untuk Haziq.hehe...

Ahad tu bawa Haziq turun ambik angin, ada 1 group kanak2 perempuan, Haziq angkat jari tunjuk ke arah tu dan 1 patah perkataan keluar dari mulut Haziq 'tatak'. Lepas tu saya tunjuk kat budak2 lelaki saya tanya Haziq tu sapa tu, lagi 1 patah perkataan keluar dari mulut pelat Haziq 'a..ang'. Wah, memang betul orang tua2 cakap ringan mulut Haziq ni.
Isnin saya dah kerja, tinggalkan Haziq dengan pengasuh, 2,3 kali saya call pengasuh tanya keadaan Haziq. Penagsuh pun cakap badan Haziq sejuk panas tak menentu. huhu..memang saya risau sebab demam jadi on off. Macam demam tak kebah.
Malam tadi pukul 1 pagi tiba2 badan Haziq jadi panas semacam lak. Saya rasa macam time tu jugak nak bawak ke klinik pakar tapi mana nak cari yang buka awal2 buta tu.huhu...dalam hati terpk jugak nak bawa Haziq ke hospital tapi saya rasa kalau Haziq ke hospital, nanti kena masuk wad, saya tak sanggup la nak tengok wayar sana sini.huhu...lepas tu asben cakap kita try g pakar dulu pagi nanti. Pukul 9 pagi sampai kat Klinik Pakar Kanak2 Dr Chan, dah kena turn no.11. Yang lain semua Chinese, kitorang sj Melayu kat situ. Ni kali ke 2 Haziq datang ke klinik ni. Doktor muda lg, chinese lelaki. Sampai turn Haziq saya tanya doktor kenapa demam Haziq on off. Lepas doktor check doktor kata sebab kahak dah block kat paru2 so mmg demam akan jadi macamtu, tak boleh nak sembuh sebetulnya. Lepas tu tadi Haziq kena buat nebulizer again, sakan la nangis. Still kena continue nebulizer - esok dan lusa. Dalam hati saya masih lagi berfikir sama ada nak bawa Haziq ke hospital ke x. Tapi saya rasa continue treatment kt cni dulu, kalau still sama baru pegi hospital lak.
Sebenarnya saya sedih sangat tengok keadaan Haziq macam sekarang ni. Tak macam sebelum ni dah, dah rasa tulang2 pada dada, perut dah kempis.huhu..

2 comments:

  1. ala sian nya..moga cpt la semboh...
    suka tgk picagari jd berkaler kaler..mmg ssh kan nak kasi ubat kat anak2...mmg berperangg..hehe

    ReplyDelete
  2. tq. tu la nk bg mkn ubt mmg wajib bperang dulu la

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.