Wednesday, November 19, 2014

Happy Birthday Abang dan Adik

Hari ni genapla abang 5 tahun. As per plan nak buat suprise harini. So pagi ni memang xde nak wish apa2 pun, buat biasa2 saja. Pastu lak skali mak long call wish kat abang.

Abang : bu, hari ni birthday Haziq ke
Ibu : aah, kenapa
Abang : mana kek birthday Haziq bu. Haziq nak kek, Haziq nak bawa p school
Ibu : Ibu xde buat apa2 kek pun abang, lain kali la ye
Abang  : ala ibu ni selalu mcmtu ( masa ni mmg abang dah nangis. kesian sangat )

Sebenarnya hari ni jugak ada jamuan kat tadika. Semalam abang dah cakap ada jamuan kena bawa makanan

Abang : bu, esok ada jamuan kat school. cikgu kata boleh bawa makanan. haziq nak bawa apa bu
Ibu : xpe esok abang tak payah bawa apa2
Abang : ala ibu ni. semua kawan2 nak bawa makanan. tak kan Haziq tak bawa
Ibu : takpe tahun lepas kat dah bawa banyak ( alasan tah apa2 )
Abang : hmmm...ye lah ( muka sedih dan kecewa )

Pagi tadi cikgu bagitau sampai je tadika abang cakap, cikgu, Haziq tak de bawa makanan apa pun hari ni dengan muka sedih. Jamuan akhir tahun tu mula 9.30am so pukul 8.45am saya, encik asben dan adik pun pegi la tadika. Nasib baik la tempat makan tu memang tak nampak dari kelas. Angkut barang naik tadika pastu mula acara tiup belon, gantung belon.



Pastu masa nak mula tu cikgu suruh yang perempuan dulu berbaris keluar diikuti dengan pelajar lelaki tapi abang last sekali. Memang nampak muka dia sangat teruja. Alhamdulillah ibu berjaya gembirakan anak ibu. Rasa seronok sangat.

video










Sebenarnya combine skali dengan adik sebab gap sebulan je. Tapi bila dah ramai2 ni adik memang tak join la dia, dok diam tengok je :)

Happy birthday anak2 ibu dan abah. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.