Monday, June 17, 2013

Mood Tak Berapa Nak Gembira

Saya ni bukanlah nak monday blues ke monday mood ke apa. Tapi tak gembira sebab rindu kat kampung. Selalu tiap2 bulan balik. Ni last balik masa election haritu, pastu plan nak balik pulak time puasa nanti. Sekarang ni musim durian dengan rambutan kat kampung. Saya memang la hantu durian, kalau durian kampung tu 1,2 biji tu sekali hadap je. Tapi alhamdulillah la tak pernah la pulak nak demam ke apa lepas makan durian byk2 tu. Kalau encik suami, makan 4,5 ulas terus panas badan. Rambutan pun dah masak jugak.

Semalam mak tanya memang tak balik ke. Bagitau mak nak balik puasa nanti. Terus nada mak berubah. Mak kata mak tak makan lagi durian, tak boleh nak masuk mulut, sebak teringat kat saya. Rambutan lak teringat kat encik asben sebabnya kalau musim rambutan, memang memanjat pokok la dia. Memang la buah tu kat sini pun ada, tapi tu lah ingatan mak ayah tu terlalu kuat. Lepastu mak dah tak boleh cakap dah, ayah pulak tanya tak balik ke.Huhu....

Ada jugak la yang tiba2 balik nanti ni. Pagi ni tiba2 pulak encik suami msg, rindu pulak kat Kedah. Hmm... Tapi kadang2 memang encik suami yang excited lebih kalau nak balik ke Kedah. Abang pun dah merungut jugak, dah lama kita tak balik Kedah kan bu, winu kat ayah. Ibu ni lagi2 la rindu...Huhu...

Tu baru sebulan lebih tak balik. Macamana la agaknya orang yang tak balik kampung 3,4 bulan tu ye.

4 comments:

  1. Alahai!!!
    Ini lah dia rindu anak perantau..
    Ina yg baru pindah rumah duduk setaman pun rasa sayu ini kan jauh beribu batu..
    Durian!!! Sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak,selalu sedih,sayu.huhu...
      la ni durian,rambutan dok luruh dh.

      Delete
  2. Alamakk! Musim durian lah!
    Ehem ehemm..nak ikut ieda balik kg bole?
    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2.hehe...ramai2 kita balik kampung

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.