Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa...
Seperti yang dijangka terjadi. Hari ni penuh dengan lirik lagu kan. Tapi nak cerita peristiwa sedih ni. Isnin lepas Along ikut daripada kampung. Along ada kat sini la seminggu. Haziq la orang yang paling seronok sekali sebab ada kawan nak main2. Haziq memang rapat dengan along, dengan pak cik.
Petang Sabtu ayah sampai dari kampung sebab nak ambik along balik. Malam tadi Along dah balik dengan ayah, naik bas kat Purajaya Sentral. Semalam 1 hari Haziq tak tidur langsung. Ibu pun biarlah bagi Haziq main puas2 dengan Along, Ayah sebab dah hari last.
Malam tu dah siap2, ayah, along kemas beg Haziq pun sibuk nak beg jugak.
Ayah dengan along pakai kasut, Haziq pun join skali, tak nak ketinggalan
Tak sampai 10 minit dalam kereta Haziq dah tertidur sebab mengantok sangat. Nak riba pun Haziq tak nak sebab nak duduk sebelah along. Lepas dah nyenyak baru boleh riba
Masa ayah dengan along nak naik bas pun Haziq tak bangun walaupun berkali2 kejut. Dua situasi yang ibu fikir
1 - Haziq tidur, tak nampak ayah dengan along naik bas. Esok bila Haziq tanya susah la sikit nak terangkan
2 - Kalau Haziq tengok ayah dengan along naik bas, comfirm la Haziq menangis meramu air mata sebab kalau kat rumah, kalau along usik2 cakap nak balik pun Haziq dah nangis bersungguh2. Tapi kalau Haziq tengok, esok kalau Haziq tanya senang la nak bagitau ayah dengan along kan dah balik kampung, naik bas malam tadi
Haziq tak tengok pun ayah dengan along naik bas sebab terlalu nyenyak tidur.
Pagi tadi Haziq celik mta terus cari along dengan ayah. Sebelum ni bangun tidur, Haziq cari along lepastu bawak selimut ,susu datang tidur sebelah along. Tadi Haziq berdiri kat pintu bilik tengok tak nampak, Haziq naik atas katil pun tak ada jugak. Haziq panggil2. Lepas tu tengok lak kat bilik sebelah, pun tak ada. Haziq terus ke dapur, bilik air. Bila tak jumpa jugak Haziq tanya ibu mana along, ayah. Bila ibu cakap along dengan ayah dah balik kampung, Haziq nangis2. Huhu...
Sedihnya ibu tengok Haziq nangis2 macamtu. Tapi ibu faham mesti Haziq terasa kehilangan sebab ibu pun rasa rumah macam sunyi. Dalam kereta nak ke rumah ibu umi Haziq ajak ibu yik pong (balik kampung)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.