Monday, January 20, 2014

Perkembangan Abang

Tahun ni abang dah masuk 5 tahun dah. Walaupun hakikat sebenarnya sekarang ni abang baru lah 4 tahun 2 bulan. Abang dah mula ke sekolah 2 sesi. Tak tau lah nak guna term apa, betul kot sekolah 2 sesi. Pagi abang masih lagi ke tadika yang sama macam tahun lepas, Tadika Permata Minda Ilmu. Pukul 8am - 12pm abang kat situ. Hari Jumaat balik awal sikit la, pukul 11.30am.

Hari pertama kat sekolah abang nangis. Bukan sebab tak nak pergi sekolah tapi sebab dah tak pandia tulis nama sendiri. So sedihla sebab abang kata dia dah tak pandai. So malam tu bagi la abang buat latihan sikit, bagi tambah keyakinan abang :) 


Petang lak abang ada kelas ngaji kat Az-Zuhdi, pukul 3pm - 5pm. Ada belajar macam2 la kat sini, bukan setakat baca Iqra je. Hari pertama abang kat tempat ngaji ni agak kesian jugak la. Abah hantar, pastu abang tka bagi abah balik, suruh tunggu kat luar. Abah kata muka abang masam je, dok kat sebalik tiang. Sebab kat situ abang la yang paling kecik. Yang lain2 ramai yang dah bersekolah. Bila dengar cerita macam tu hati ibu kat ofis ni memang la tak tenang, sedih je fikirkan abang. Macamana la abang bawa diri. Tapi ibu tau abang pandai berdikari dan senang bergaul dengan orang lain. Bila kelas dah mula, Ustaz tutup pintu, abah pun balik la. Tapi petang time ibu ambik tu abang ceria je pun. Alhamdulillah. Hari ke dua abah hantar abang siap suruh abah balik lagi. Maknanya abang dah ok la tu. Lega ibu. Ni ada sikit gambar abang. Nanti2 sambung cerita la gi ye :)

 Tengok ni muka happy je kan masa balik ngaji. Dah boleh sesuaikan diri la tu. Bagus abang

2 comments:

  1. keciannya abang.. xpe.. lama2 nanti biasa la tu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.