Monday, January 9, 2012

Result Berpacking

Hari Jumaat tu buat post berpacking sebab encik asben last minit nak balik kampung, so packing la sorang2 sebab saya kat office. Dalam hati memang rasa nervous jugak sebenarnya, risau kalau2 ada barang2 penting tertinggal ke.

Sampai rumah mil dalam pukul 9pm macamtu la. Lepastu nak tukar baju tengok2 tak ada tshirt, yang dibawa baju long sleeve. Huhu.... tak nak la nak tido malam tu nak pakai baju lengan panjang, dah la panas. Tapi tak pe, pakai je la tshirt encik asben.

Lepastu nak tukar pampers Haziq lak. Cari pampers tak jumpa. Pergi check dalam kereta pun tak ada jugak. Lepastu tanya encik asben, alamak terlupa la. Haa....tengok tu. tshirt saya tu tak la penting sangat pun. Tapi kalau pampers pun boleh terlupa memang comfirm kena keluar pegi beli la jawabnya. Tapi tak pe la sebab dia yang salah, so tak ada la suara2 nak membebel. Cuba kalau saya yang terlupa lepastu dengan letih2 encik asben kena keluar pegi beli pampers lak.

Tu saya dah message bagi list apa yang nak kena bawa, apa yang nak kena masuk beg, apa yang nak kena masuk raga. Macam2 hal


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.