Jumaat lepas adik dah selamat akad nikah dengan pasangannya. Syukur alhamdulillah. Bertambah lagi sorang ahli keluarga. Balik last minute, dapat jugak join sekali dalam majlis akad nikah tu. Ramai yang pegi, 10 biji kereta. Sampaikan tok imam cakap dalam sejarah sepanjang nikahkan orang, ni la yang paling ramai.
Lafaz kali pertama sorang saksi cakap sah, sorang lagi cakap tak sah. lafaz kali ke dua ,semua cakap sah.
Yang paling busy dalam masjid sah2 la Haziq. Dari mula masuk sampai balik tak duduk diam, meronda sana sini.
Nampak handsome lak kan. Haip, ni saya punya ye ;)
Serabut betul pakai tudung. Almaklumla anak aktif, habis semua ditarik. Tapi nak la jugak bergaya walaupun tak berapa bergaya. ;)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.