Tuesday, January 10, 2012

Tak berapa sihat

Hari ni tahap kesihatan tak berapa baik. Sebenarnya daripada semalam lagi. Sebabnya urine infenction atau pun orang2 tua selalu cakap, panas dalam badan. Sakit la. Lepastu siap darah2 lagi. Huhu... Maafla ye kepada sesiapa yang baca dan rasa macam kotor tapi itu lah yang terjadi.

Petang semalam pegi klinik. Nak pegi klinik yang selalu pegi tu ramai sangat orang, tak larat la nak menunggu lama, so pergi klinik yang kurang orang

Doctor : Ye, kenapa? (soalan standard).
Saya : cerita la apa yang jadi
Doctor : ooo... itu urine infection ataupun badan terlalu panas. Ada demam tak sebelum ni
Saya : Ada, last 2 weeks
Doctor : Temp badan berapa masa demam tu
Saya : 42
Doctor : Boleh jadi ni effect demam haritu sebab awak terlalu panas. Ok, saya bagi ubat yang kuat sikit untuk awak
Saya : Doctor tak ada check apa2 ke?
Doctor : Saya rasa tak perlu, awak makan ubat dulu, tengok nanti macamana. Saya bagi awak mc untuk esok, so you can rest
Saya : Hmmm...
Doctor : Awak tak nak mc ke
Saya : Saya tak sure la doctor (boleh lak macamtu kan)
Doctor : Ok, awak ambik ubat dulu, kalau esok awak perlukan mc,datang sini

Dapat la 3 jenis ubat - tahan sakit, antibiotik, lawas *******. Ubat lawas tu sangat2 la pahit. Huhu... dah minum ubat tu term***** la pulak. Encik asben kalau m***** tu dia fikir Haziq akan dapat adik je. Haish, macam2

Lepas tu mak pulak call. Petang tu dah bagitau mak pasal ni.

Mak : check dak lagi, ka mengandung. Kak kata haritu demam, tah2 demam ada isi
Saya : Dak aih, tak mengandung pun
Mak : Mana la tau takut la jugak dah kata ada darah la, kot2 gugur ka

Macam2 persepsi. Hehe.. Sebenarnya ragu2 nak ambik mc sebabnya hari ni ada meeting, meeting department ni. So, rasa macam tak seronok/ serba salah kalau mc, x attend meeting.Huhu.... Tapi kalau mc pun bukannya tak bersebab, memang dah tak sihat. Hakikatnya sekarang ni kat kerusi office

2 comments:

  1. @madammondoqhehe...bestnya klu btl.blm ada rezki utk penambahan lagi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.