Ada yang panggil cekodok, ada yang panggil jemput-jemput. Tapi tetap merujuk kepada 1 makanan yang sama. Balik dari kampung hari tu mak bagi 3 sikat pisang. Namanya pisang padang. Balik tu saya dah bagi kat jiran2 sikit, tinggal sikit balance untuk kat rumah.
Semalam encik asben cakap buat cekodok pisang la untuk makan malam ni. Tapi bukan tu saja, ayat belakang macamni, buat macam mak buat ye. Encik asben suka makan cekodok yang mak buat. Lepastu terus la call mak tanya mak buat macamana. Apa la nak jadi kan, nak buat cekodok pun call mak. Teruk kan
Bahan-bahan
4 biji pisang masak
Tepung gandum secukupnya
1 sudu besar susu pekat / gula (ATAU ye, bukan DAN sebab pisang pun dah manis)
secubit garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1- Lenyekan pisang
2- Campurkan tepung gandum secukupnya. Jangan terlalu banyak letak tepung, nanti keras lak
3- Masukan susu, soda, garam
4- Kacau sebati
5- Biarkan dalam 15 minit sebelum menggoreng (pesanan dari mak)
*** Mak pesan lagi jangan letak air sedikit pun
Rasanya menjadi sebab licin ;)
husband saya panggil coq pisang..hehe.. sedap ni dimakan panas2 ketika hujan..kena pulak dengan secawan kopi o pekat..wallaaa...
ReplyDeleterupanya tak yah letak air erk..patot la sy wat aritu cam x ump and macam kenyal2..maybe sb air kot...nnt kena try resepi awak la plak...sb letak susu pekat...menarik..
ReplyDelete@Rai klu sy cucoq pisang goreng pisang tu.hehe..
ReplyDeletesedap.tp sy suka mkn kulit luar je sbb luar je yg garing :)
@Akma tu cara mak saya buat. orang lain mungkin lain cara. sbb pisang tu nanti kan bila kita perapkan sekejap dia akan lembik lagi,so macam ada air la sikit
ReplyDeletenampak sedap.. nak try resepi ni nanti...
ReplyDelete