Thursday, December 13, 2012

Permatahati

Orang2 : baby dah berapa bulan
Saya : 2 bulan
Orang2 : pandainya baru 2 bulan dah senyum2, nak main2

Saya jadi hairan lak. Tak normal ke keadaan baby macamtu. Masa abang dulu pun macamtu jugak. Haritu pagi pergi klinik desa, memang dapat respon macam kat atas tu, bukan sorang tapi banyak orang. Saya pun terfikir la pelik ke kalau baby 2 bulan macamni. Lepas tu petang pergi klinik kesihatan sebab nak jumpa doctor untuk review pun dapat reaksi yang sama. Hmm...

Ye la kan progress baby masing2 kan lain2, tak sama. Ada yang lambat buat sesuatu, ada yang cepat. Macam adik ni mungkin dia rasa dah macam orang besar kot. Kot je la kan. Semalam 1st day kat rumah pengasuh baru ( Siti ). Masa nak ambik petang tu Siti pun bagi respon yang sama jugak

Siti : anak ida dah macam orang besar la ida. 
Saya : kenapa
Siti : dia nak main2, tengok tv, lepastu nak borak2, suka senyum. Kalau kita borak dengan dia pun dia bagi respon macam nak bercerita. Mintak2 la anak siti nanti pun macamni. Seronok siti

Macam2 kan gelagat anak2 ni. Memang menghiburkan walaupun kadang2 abang buat ibu rasa geram, rasa nak marah. Tapi bila fikir balik mereka la yang menceriakan hari ibu

Ok, mood tak sabar nak balik

video

Engkau lah permata anak kesayangan
Kebanggaan ayah dan ibu
Engkau dibesarkan dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik untukmu
Menjadi harapan di masa hadapan
Engkaulah anak yang cemerlang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.