Ganasnya title tu kan. Semalam saya mc, demam berserta package yang lain. Dah alang2 kat rumah tu saya teruskan la dengan aktiviti cari taska. Sebab memang nak kena settlekan bulan ni jugak. Kalau semalam tak cari betul2, nanti nak kena cuti lagi, tolak gaji lagi. Orang lain happy dapat bonus hujung2 tahun ni, saya dok kena tolak gaji je. Huhu...K, sudah2 bukan nak cerita pasal gaji ke ape tapi nak cerita pasal taska.
Saya banyak jugak la google pasal taska kat area rumah tu tapi tak banyak sangat info yang dapat. Mula2 saya call sana sini. Memang banyak tempat la saya call saya serba sedikit sebelum p tengok taska tu macamana. Bab2 ni memang kena cerewet sebab nak hantar anak2 1 hari kat sana kan, dah tu bukan sekejap, untuk jangka masa panjang. Lepastu ada la beberapa taska yang di shorlisted kan
Taska A
Taska ni ada banyak jugak la cerita saya dapat daripada google. Rasa macam ok. So nk p tengok situ lah. Buat appoinment. Borak2 dengan owner taska tu rasa macam dia tak berapa friendly sangat, macam serius, macam garang. Tapi tak pe lah yang tu. Hati dia belum tau lagi, mungkin luaran macamtu tapi hati baik kan. Sape tau
Lepas borak2 saya pun mintak la nak tengok tempat baby macamana. Dia pun panggil pengasuh kat situ bawak saya. Dalam bilik tu ada 3 orang baby yang masih belum boleh meniarap / merangkak. Masa saya naik tu sorang baby tu tengah menangis. Umur 4 bulan. Baby tu dibedung. Tapi saya tak tanya la sape yang bedung, kenapa bedung. Pengasuh tu yang bagitau mak baby tu yang bedung dia. Saya diamkan je lah bab bedung tu. Tapi saya tengok baby tu dah lama menangis sampai keluar air mata. Saya rasa kesian sangat, rasa macam nak angkat dukung je. Lepas tu saya cakap la kenapa baby ni nangis. Pengasuh tu cakap dia lapar susu la tu. Saya cakap tak pe la, saya boleh tunggu, akak bancuh la susu kat baby tu dulu. Menyibuk ke? Tak la tapi kesian la kat baby tu. Lepas tu pengasuh tu cakap tak pe la nanti orang lain bancuh. Kesian sangat baby tu menangis lama2. Huhu... Lepastu saya terus la tawar hati nak hantar anak2 ke taska tu.
Sini untuk adik dengan abang RM 500 sebulan, daftar RM 160 untuk 2 orang
Taska B
Taska ni macam ok jugak. Dah lama buka. Masa pergi tengok tu tak ada apa la yang buat saya rasa tak sedap hati.
Kat sini RM 550 untuk dua beradik tu. Asalnya RM 600 ( baby RM350, abang RM250) tapi akak tu bagi RM 550. Daftar RM 120 untuk 2 orang
Taska C
Saya tak tau pun kewujudan taska ni. Saja je pergi ronda2 kat kawasan perumahan tu kot2 ada taska. Tengok2 jumpa la taska ni. Masuk la borak2 dengan owner taska tu. Akak ke mak cik ntah ye, umur 44 tahun. Dia buka taska ni skali dengan anak dia. Tapi dia memang kat situ la. Dia cakap baby dia yang akan jaga sendiri, tak bagi pekerja jaga.
Sebelum ni pun akak tu memang mengasuh budak2, dah 7 tahun. Tapi jaga kat rumah je la. Sorang tu akak ni jaga dari baby sampai la sekarang dah 7 tahun dah. Lepastu bukan orang dekat area situ, jauh sikit la dari kawasan tu. Dalam hati saya fikir ok la kot akak ni jaga sebab sanggup mak budak tu datang hantar anak dia dari jauh, dah 7 tahun lak tu. Dari gaya percakapan akak tu pun saya rasa dia macam ok. Siap bagi petua macamana nak banyakan susu badan semua.
Taska ni baru je buka 2 minggu yang lepas. Sekarang tengah open for registration la. Kat sini RM 530, free registration.
Sekarang ni saya kena decide antara taska B dengan C tu mana yang ok. Kat mana yang saya nak hantar anak2. Owner taksa B dengan C ni peramah la. Rasa macam ok la. Pening kan nak buat keputusan. Takut tersalah pilih ke ape ke. Huhu...
Kesemua taska yang saya pergi tu memang handle EBM.
bestnya da cari taska. lin tak cari lagi. susah la sini. bnyk taska cina je.
ReplyDelete@Allenelin tinggal kt mn?
ReplyDeleteMamavogue pun tgh memburu taska untuk Hakim. Skang ni pengasuh yg jaga, tp siang Hakim duk tido je tak buat pape. Kalau anta taska bole la dia belajar :)
ReplyDeleteMujur gak area Subang ni byk Genius Aulad, CIC, Brainy Bunch & Dzul Iman. Tu pun pening mikir..huu
@Mama Vogue good luck ye.sama2 la kita memburu.hehe
ReplyDelete