Thursday, December 6, 2012

Say NO to diapers and bottles .....

Seriousnya title tu kan. Itu lah yang saya tengah fikir sekarang ni. Abang dah 3 tahun tapi masih pakai pampers dan isap susu dalam botol lagi. Kalau boleh saya dah nak start bagi minum susu pakai cawan dah. Ke terlalu awal? Ke dah lewat?

Masa umur 2 tahun 5 bulan saya dah train Abang tak pakai pampers masa siang hari. Alhamdulillah berjaya la pada siang hari. Abang memang bagitau kalau ada masa yang dia perlu ke toilet. Tapi yang masalahnya time malam tu. Saya rasa tak mampu lagi la nak kejut abang malam2 ajak pergi toilet sebabnya
1 - kesian kat abang sebab macam ganggu tidur dia je kan. tengah nyenyak tidur, kena kejut lak
2 - saya takut abang tak tidur balik lepas ke toilet tu. buatnya dia nak main ke tengok tv ke. Haa... esok tu saya jadi zombi la kat office

Ni lagi 1 fikir nak bagi minum susu guna cawan. Abang memang lebih minum susu daripada makan. Itu pun masalah jugak. Sebab sepatutnya dengan umur yang macam sekarang ni abang dah banyak makan. Hmm..Kalau minum air masak guna botol yg straw tu memang tak ada masalah tapi kalau minum susu guna botol tu abang tak nak.

Hmmm...macamana kawan2 ?

2 comments:

  1. siang je la train dia. mlm pkaikan pampers. nnt da biasa... bila nak terkencing, mesti dia bngun... cian plak bila tidur kena kejut... :)

    ReplyDelete
  2. mmg sgt berpotensi mata segar klu kene kejut. mmg zombi la . hehe!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.