Wednesday, December 5, 2012

Accident

Ni kejadian 1 hari sebelum abang masuk 3 tahun. Petang tu abang bawa basikal main kat baah dengan abah. Tengah2 naik basikal tu abang boleh pulak la angkat tayar depan. Lepastu jatuh kena atas batu. Lepastu dengar abang nangis sambil abah dukung. Buka pintu tengok masyaAllah rasa macam nak pengsan.

Nasib baik la jugak pakai baju warna merah. Kalau baju warna putih memang ibu dah pengsan dah kot. Huhu... Menggigil la tangan nak lap darah, cuci dengan air suam. Lepastu gunting sikit rambut kat bahagian tu. Abang ni macam2 la. Aiman yang nampak abang jatuh tu bagitau kat ibu dia, bu, abang nampak Haziq angkat basikal macamni bu (sambil buat demo). Haziq buat wili bu. Ye la korang. Budak2 dah pandai nak wili2 dah. Huhu...

Memang risau sangat la sebab kena kat kepala. Tapi alhamdulillah la tak de apa2. Abang pun ok je. Masa awal2 tu saja yang menangis teruk

Basikal ni dah masuk store dah lepas kejadian haritu

Seram kan. Huhu..


2 comments:

  1. Ya Allah.. yg tengok ni pun cemas..huhu.
    Risau tengok budak2 melasak ni.. Diorang bukan tau bahaya..!

    ReplyDelete
  2. auuuwww... nyilu tengok... budak2 da lasak susah gak nak pantau kan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.