Dah lama plan dengan kak nak buat makan2 untuk anniversary ayah&mak yang ke 36 dan birthday adik yang ke 20. Saya dah order kek sebelum balik bercuti. tapi mencabar jugak la nak order kek sebab ramai bakers yang dah tak ambik order, dah full. Nasib baik ada jugak yang saya boleh menyelit. Hari jumaat tu pukul 9pg saya ajak asben ke Alor Star sebab nak ambik kek. Haziq tinggal dengan mak.
Mak: nak p mana
Saya: nak jumpa kawan
Mak: kawan mana, masa mengaji ka (sebab mak memang kenal kawan2 saya)
Saya: Dak, ni baru kenai. Nak p ambik barang sat
Saya tak la menipu kan. Apa yang saya cakap tu memang betul la kan. Tak baik menipu. Ambik kek tu kat Petronas dekat dengan Shahab Perdana, sebab situ je la yang saya tau. Kalau nak suruh ke tempat lain memang lambat la, nak kena explore dulu. Balik tu terus parking kereta kat depan rumah kak sebab tak nak bagi mak dengan adik nampak kek tu. Memang berjaya la misi tu. Dalam hati berdoa jangan la mak tanya mana barang yang p ambik tu sebab tak tau nak jawab apa.
Nak dijadikan cerita haritu susah lak nak cari ayam. Sampai ke Kodiang pegi cari ayam tapi tak de orang jual. Nasib baik la 2,3 hari sebelum tu ada orang bagi ayam daging kat adik. So sembelih ayam tu la. Lepastu mula lah proses cabut bulu ayam, cuci2 ayam semua tu. Dah lama tak buat kerja2 macam tu. Slalunya beli yang dah siap ja sekarang ni. Tapi dulu selalu la melalui proses2 tu.
Tengah masak sup tu gas la pulak habis. Terbantut la kejap proses memasak.Lepas tu kedai pulak banyak tutup sebab cuti CNY. Merantau la pulak cari kedai nak tukar tong gas. Banyak tul onak dan duri yang kena lalui haritu. Tapi at last berjaya jugak. Petang lepas asar mula la proses memakan. hehe...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.