Wednesday, February 9, 2011

Balik Kampung: Part 1 - Journey

Kalau cuti byk hari mmg wajiblah balik kampung. Mula2 balik kampung Sungai Besar dulu 2 malam, lepas tu baru balik Kedah pulak. Petang Selasa tu balik Sungai Besar, sampai malam, terus tidur. Esoknya keluar g pekan Rabu (pasar pagi Rabu) lepas tu ke market sebab nak cari ikan, ayam segala bagai. Tak ingat ikan apa yang asben beli, katanya dah lama xmakan ikan tu. Tak kisah lah sebab saya tak makan ikan sungai. Lepas tu beli ayam. Mula2 fikir macam nak buat masak kicap je, lepas tu terluah la pulak dari mulut ni kalau buat rendang pun best kn. Lepastu mak mertua cakap buat rendanglah ,dah lama tak makan rendang. Esoknya CNY. Rasa macam kita lak yang nak raya.


Esoknya awal2 pagi bertolak balik Kedah. Sebelum sampai Taiping tu tayar kereta lak pecah. Rasa macam melelong sikit2. Nasib baik time tu tengah slow.huhu... Alhamdulillah tak ada apa2 yang jadi. Ada pulak 2,3 orang abang2 yang budiman datang menolong. tapi letih jugak lah tengok asben sorg2 mula2 tu dok tukar tayar. Lepastu teruskan perjalanan ke Taiping, aktiviti jejak kasih. hehe.. sebab dah lama sangat tak jumpa kawan yang sorang ni, dari tahun 2005. Lama kan? Asalnya dulu orang Perlis tapi family dah pindah ke Taiping. Tapi tu la tak puas la jumpa sebab 1 jam je, tak lama pun. Tak boleh berborak panjang. InsyaAllah nanti ada masa, ada kelapngan bolehla jumpa lagi. Balik sampai kampung dah petang. Terus pergi kenduri rumah Pak Long pulak kat Mentangkong. Memang full la aktiviti hari tu. Dari pagi sampai ke petang. Tapi Haziq bila dah ada kat kampung memang tak nampak tanda2 letih pun dia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.