Wednesday, July 6, 2011

Akhirnya

Hari Sabtu tu macam biasa la tinggal ibu saja dengan Haziq kat rumah. Tapi dalam kepala ni tengah pk nak balik kampung ke tak ni. Abah pun kat tempat keje asyik msg je tanya. Tapi tak ada keputusan jugak. Pk lama2 bukan sebab apa sebab kurang modal, kalau memang ada modal tak ada nya nak pk banyak2 kali, terus packing balik je. Lepas tu ayah call, mula2 turn Haziq la cakap dengan ayah lepas tu baru ibu boleh cakap dengan mak. Ayah baru baik dari demam

Mak : kalau tak balik ayah nak p ni, nak hantaq buah
Ibu : Tak payah la mai hantaq, sapa yang ada tu makanlah
Mak : Nak makan pun tak boleh, dok teringat. Ayah kata kalau ayah p hantaq hari keja, p ambik buah la kat stesen bas, lepas tu ayah balik la sebab nanti Da dengan Mie nak kena ambik cuti pulak. Mak suruh ayah p hari ni, senang sebab Da cuti. Boleh rehat sat
Bergenang air mata bila mak cakap macamtu
Ibu : Iskh, tak payah, tak payah hantaq. Buat penat saja. Tak pa, cik balik. (terus ada keputusan). Sat ni cik telepon balik

Lepas tu bgtau la scenario tu kat abah, abah kata kita balik la. Memang tak tergamak bayangkan ayah datang hantar buah2 tu. Dah la kena naik bas. Memang tak sanggup nak biar ayah macamtu. Memang la buah tu di sini pun ada tapi memang tau la hati mak dengan ayah, apa saja yang anak2 suka, kalau anak2 tak ada mesti mak dengan ayah pun tak sampai hati nak makan.

Ibu terbayang macam cerita dalam tv, anak dok kat kl, mak ayah dari kampung datang bawak macam2 tapi yang banyak cerita macamtu yang anak tak terima, anak tak mengaku mak ayah sebab malu. Tapi ibu cuma terbayang betapa tak sampainya hati ibu nak biar ayah datang untuk hantar buah tu.

Lepas tu Haziq lak masa ibu tengah lipat2 kain yang baru lepas basuh, Haziq ambik beg lepas tu letak baju Haziq dalam beg sambil dok sebut ayah, ayah. lagi la kukuh keputusan ibu nak balik kampung. Abah cakap kemas2 la nanti lepas balik keje ni terus balik.

Gerak lepas Asar. Sampai lak kat Perak tu (tak pasti apa nama tempat tu) memang jammed teruk la.Dari sebelum naik bukit, selepas turun bukit, sebelum masuk terowong, selepas keluar terowong memang sangat2 jammed. Rasanya balik time nak raya pun tak ada jammed macam tu. Banyak kereta parking tepi sebab enjin panas, ada yang siap berkipas enjin dengan paper. Memang banyak la. Kenapa ntah. Time tu Haziq dah ambik Yasin dok baca dalam kereta sampai beberapa kali amin, jammed tak habis2 jugak.


Haziq sekarang ni dalam kereta tak nak duduk dengan ibu sangat. Kalau ibu kat depan Haziq kat belakang. Kalau ibu kat belakang, Haziq kat depan. Tapi tak boleh biar la dia sorang2, kena pegang2 gak la

 Selepas kena marah sebab duduk tak diam. Tapi kejap je ni, berlakon sedih

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.