Sekarang kat kampung musim buah. Rambutan, durian tengah masak. Saya ni memang la 'hantu' durian. Bulan lepas balik encik asben gigih mencari durian sampaikan sanggup tak nak makan ubat sebab takut tak boleh makan durian. Tapi time tu bukan musim lagi, so tak ada la durian. Hanya mampu kira berapa biji buah durian kat pokok sekeliling rumah je sebab buah tak masak lagi.
Dalam hati saya bila tengok encik asben buat macamtu, nant bila buah dah masak mesti mak dengan ayah nak makan pun tak gamak sebab teringat kat kitorang. Memang betul pun la
Mak : Durian masak dah ni
Saya : Tak pa la, mak makan la
Mak : Nak makan pun tak gamak. Ayah kata kalau ada Mie (encik asben) mesti seronok ni. Ayah nak simpan durian besaq tu kat Mie (owh walaupun saya hantu durian tapi sebab saya tak p kira buah durian kt pokok, xdak orang nak simpan buah kat saya...hehe....ngada)
Semalam bagitau mak bulan ni tak jadi balik. Lepas tu dapat dengar suara kecewa mak. huhu... sedihnya bila rasa dah buat mak sedih. Hari ni mak call cakap ayah kata budak2 ni tah2 sat lagi sampai la ni. Memang diorang tak percaya kitorang tak balik dan mengharapkan kepulangan.huhu... Saya memang tak boleh berhadapan dengan situasi macamni. Saya rasa sangat2 lemah. Tambah pula dengan keadaan ayah yang tengah demam
la........betul tu..sedih sgt bila dgr suara kecewa seorang ibu..saya pun sama..janji nak balik kampung awal bulan ni..tp terpaksa cancel dulu sebab ada hal lain.tu pun diorang cam sedih je dgr..=(
ReplyDeletetu la.tp mak ayah ni diorg bukan memaksa, diorg fhm tp kecewa la sikit bila diorg pk kita akn blk tp tk blk.kita lak sebagai ank, rs berslh la bila jd mcmtu.
ReplyDelete