Friday, July 1, 2011

Keindahan Memiliki Sebutir Permata

Ibu rasa syukur sangat telah dikurniakn sebutir permata yang amat berharga, bukan saja berharga untuk ibu tapi untuk abah dan orang2 tersayang di sekeliling ibu dan abah. Sebutir permata yang amat2 bermakna yang bakal menjadi pembimbing kepada permata2 yang akan datang. Sebutir permata ibu sekarang ni ialah Muhammad Edhan Haziq bin Mohamad Azmi ;)

Masa melahirkan Haziq ibu rasa sakit sangat2, sakit yang tak dapat nak ceritakan macamana keadaannya, yang buatkan ibu rasa badan ibu dah terbahagi 2, kepala ke piggang, pinggang ke kaki macam dah berasingan, saat ibu memerlukan tenaga tapi ibu tak cukup tenaga, ibu sangat2 sakit, ibu menjerit, ibu meronta tapi semuanya tu hilang bila lahirnya sebutir permata buat ibu dan abah ke dunia ini. Rasa sakit terus hilang bila Haziq ada di atas badan ibu. Indahnya perasaan bila ibu dapat usap anak ibu buat kali pertama.

Kehadiran Haziq membuatkan ibu rasa ibu sangat bertuah sebab dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu. Syukur pada Allah S.W.T atas rezeki yang dikurniakan. 

Kadang2 kat ofis time ibu rasa penat sangat2 tu ,rasa macam tak larat nak naik tingkat 2 rumah ibu umi nak ambik Haziq. Tapi bila ibu sampai, Haziq jerit2 gembira sambil panggil ibu, ibu , lepas tu bila ibu dukung Haziq peluk ibu kuat2, erat peluk leher ibu. Memang hilang la penat letih ibu tu. Lagat Haziq macam lama sangat tak jumpa ibu, macam terlalu rindu. Kerinduan yang penuh ikhlas daripada seorang anak kecil

Weekend abah keje, tinggal ibu dan Haziq saja kat rumah. Ibu mengaku memang ibu letih. Ibu umi pun ada tanya pada ibu macamana ibu jaga Haziq sorang kat rumah time abah keje sebab Haziq memang aktif. Diam masa tidur saja. Tu pun tak lama. Rumah memang bersepah la sebab kalau ibu kemas pun akan kembali bersepah, so ibu biarkan saja. Tapi pada masa yang sama, ibu dah ada kawan untuk berborak dengan ibu. Kalau dulu abah kerja, ibu sorang2 kat rumah tapi sekarang ibu dah ada teman. Ada kawan boleh pot pet dengan ibu.

Malam2 memang ibu letih. Balik kerja, ambil Haziq, masak. Kena melayan kerenah Haziq main sana sini. Tapi itu yang menggembirakn ibu dan abah, itu yang menghidupkan suasana ceria di dalam rumah. Bila Haziq dah tidur, ibu rasa sunyi. Memang la abah ada tapi berbeza sebab tak ada keceriaan yang suci, yang ikhlas dari seorang anak kecil. 


Setiap pagi bila berjalan nak hantar Haziq ke rumah ibu umi, Haziq babai orang, senyum, salam tanpa mengira orang tu budak sekolah ke, mak cik nak pegi kerja ke, atok ke. Haziq tetap dilayan walaupun itu baru pertama kali pertemuan mereka kerana adanya kejujuran dari wajah Haziq.Ia juga membuatkan ibu kenal lebih ramai orang sebabkan orang itu mula bertanyakan mengenai Haziq. Haziq telah mewujudkan silaturrahim baru untuk ibu

Saat yang paling indah bagi seorang yang bergelar ibu ialah melihat perkembangan anak daripada setiap sudut yang membawa kebahagian yang tak dapat digambarkan dengan kata2

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.