Wednesday, May 4, 2011

Pengalaman yang adventurous

Mencabarnya balik kampung kali ni. Sangat2 mencabar. Balik kampung ni memang tak plan pun, last minut punya decision. Hari Jumaat tu mak call, mak demam lepas tu bengkak mulut. Mak kata rindu kat Haziq, lepastu mak tanya la balik ke tak, saya cakap la tak balik. Lepas tu dengar suara mak macam dah lain macam, macam nangis.

Dalam 10 minit lepas tu adik call pulak cakap suruh balik sebab mak rindu anak. Dah la demam. Lepas tu mak dok nangis la, rindu kat Haziq. Huhu... Ksian mak. Rasa bersalah lak sebagai anak biar mak menangis macam tu. Bagitau adik nanti inform balik macamana. Malam tu bincang2 dengan asben, packing la baju nak balik kampung. Pukul 4 pagi dah bangun termasuk la Haziq. Semangat Haziq kalau nak balik kampung, sama macam ibu. Bergerak pukul 4.30pg.

Sampai kat selekoh yang agak turun bukit sikit tiba2 kereta breakdown. huhu... Lepas tu asben try hidupkan enjin balik, semua lampu menyala. Memang dah tak boleh nak hidupkan enjin lagi dah. Lepas tu tak terfikir nak ambik number plusline kat kad Touch n Go, terus on notebook, masuk website plus. So, silalah simpan number penting ni ye, 1800-88-0000. Lepastu dia tanya kat mana? Serius la memang tak tau kat mana sebab gelap lagi masa tu. Tiba2 nampak ada signboard kilometer 401 kat depan tu arah ke Utara, bagitau tu je lah. Lepas tu dia kata ooo..kat Tanjung Malim tu. Kena tunggu dalam 20 minit Plus sampai. 

Masa tengah tunggu tu tiba2 ada 1 kepala datang jenguk kat tingkap, kereta rosak ke? Berdebar gila time tu, ingatkan hantu. Dahla tengok tak ada kereta apa2 pun,tiba2 ada orang jenguk.huhu...Tengok2 ooo..ni bukan hantu, lepastu berdebar lak takut orang jahat. Dah la gelap2 dengan tak ada orang lagi. Kalau orang jahat, macamana? Masa tu dah peluk Haziq kuat2. 

orang tu : Jangan takut (tau pun dia memang kami tengah takut dengan dia). Saya towing punya orang
Saya : apa bukti you ni towing punya orang. 
orang tu : You boleh ambik kad I. 

Tapi dalam hati ni tetap was2, kalau orang jahat pun boleh buat kad tipu jugak kan.Kalau ikutkan ahti tak nak suruh asben buka tingkap, nk kunci dok diam2 dalam kereta sampai Plus datang. Alhamdulillah tak lama Plus pun sampai. Lega sikit tengok pak cik tu datang. Dia check dia cakap timing belt putus. Memang dah tak boleh buat apa, kalau nak suruh Plus tunda kena call kereta tunda dulu, lepas tu just tunda ke tol terdekat je. Lepas tu saya tanya pak cik Plus tu betul ke diorang ni, boleh percaya ke, pak cik Plus tu kata betul diorg ni. Dah alang2 ada towing kat situ, guna dia je lah. Nanti dah sampai tol nak kena cari towing lagi. hmm... Lepas nego2 harga dapat la RM 80 untuk towing saja.


Kali pertama kereta kena towing, kali pertama kitorang naik lori towing. Semuanya kali pertama. Workshop tu belum buka lagi, pukul 8 lebih baru buka. Orang tu tanya nak dia hantar ke mana, masjid ke hotel. Kalau duduk masjid memang la free tapinya sian la kat Haziq. Lagipun kalau nak duduk masjid tak tau berapa lama kereta boleh siap. So decide duduk hotel. Dalam pukul 10.30pg mechanic call bagitau diorang dah check, kalau nak tengok apa yang rosak, diorang nak datang ambik. Asben pegi tengok sorang la, saya dengan Haziq mengurungkan diri di dalam bilik.huhu...


Mechanic cakap kereta boleh siap tengahari hari Ahad. huhu... Hari ni baru Sabtu. Ayah, adik, abang ipar dah tanya orang sana sini untuk datang ambik kami kat Tanjung Malim. Tapi tak ada siapa yang boleh datang.Kebetulan kereta abang ipar pun rosak jugak haritu.  Memang la saya pun tak sebab jauh lagi nak sampai ke Kedah, kalau dah dekat tak pe lah jugak. Tapi dah mak asyik nangis je, semua risau la. lagi satu diorang fikirkan macamana keadaan Haziq. Nak ke Jitra 425.6 km tapi kami baru sampai di 83.6 km. jauh lagi nak sampai ke Jitra nun.huhu...lgi 346 km lg.


Asben dapat 1 kereta sewa dari workshop tu. Dah rasa happy la jugak sikit. Siap2 check out (sebenarnya boleh check out 12pm, Ahad). Naik je kereta tu kejap dah rasa menyesal check out sebab kesian sangat kat Haziq, merah padam muka. Saya dengan suami pun berpeluh gile. Aircond panas, tingkap tak boleh buka. Macamana nak balik sampai ke Kedah dengan keadaan macamtu. So just guna kereta tu untuk pusing 2 cari kereta sewa je. Tapi dah tak ada kereta sewa yang available lagi dah. Lepas tu terus ke workhsop tu, hantar balik kereta dengan minta balik deposit sewa kereta tu. Nasib baik dapat balik duit tu

Angkat balik beg2 masuk kereta mechanic tu siap dia nak hantar ke hotel. Tapi uncle tu baik la jugak. Kebetulan dia pun orang dari Jitra, minta tolong dia adjust bagi siapkan kereta tu dulu, cakap nak balik kampung tengok mak ayah. Dia kata dia akan tolong. Lepas tu terpaksa la check in hotel lain pulak. Haziq pun 1 hari tak tidur, bangun dari pukul 4pagi, mesti Haziq pun susah hati. Asben cakap kalau kereta siap Ahad pagi boleh la balik kejap sebab kalau tak balik kesian la kat mak, adik, kak sebab diorang semua rasa bersalah sebab beria2 suruh kami balik walaupun mereka bukan penyebab tapi tetap rasa bersalah. Benda dah nak jadi kan

Fikir positip. Kalau kereta tak breakdown kat Tanjung Malim mesti tak jejak kaki lagi ke Tanjung Malim. Ni 1 hari check in sampai 2 hotel lagi. Siap boleh jalan2 ke pasar malam yang panjang tu lagi. Awal lak tu buka. Pukul 2petang dah buka dah. Memang panjang la. Malam sempat pegi melawat kedai Syimah (housemate masa bujang dulu). Kebetulan hotel tu dekat dengan kedai Syimah je. Lepas tu pegi minum. Masa tengah minum tu, dalam pukul 9.30 malam uncle tu call cakap kereta dah siap, dia on d way nak ambik kitorang kat hotel. Alhamdulillah. Pukul 10 malam sampai hotel, bagi Haziq tidur dulu. Pukul 12.30 malam bertolak balik Kedah. Tapi lambat la nak sampai sebab bawa slow, paling laju boleh bawak pun 100 km/j. Sebab baru tukar benda2 baru kan, kena bagi diorg familiar dulu sebelum bekerja keras

Balik kampung kali ni memang adventurous la. Ada jugak terfikir tak nak balik, kalau kereta dah siap repair nak balik Puchong je. Tapi kalau tak balik, kesian la dengan keluarga kat sana, masing2 diselubungi rasa bersalah, mak pulak demam. Alhamdulillah asben pun memahami. Asben yang decide untuk balik. Apa2 pun syukur alhamdulillah kami semua selamat dan selamat jugak balik ke kampung. Family pun tak la susah hati sangat fikir macam2

4 comments:

  1. Panjangnya cerita...naik semput aku baca...tulah namanya takdir, xpala janji semua selamat..

    ReplyDelete
  2. huhuh xhabis baca... ape pun syukur korang selamat

    ReplyDelete
  3. tq dak jahat.ni tak include skali menangis berapa round,gelak brp round ni.hehe..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.