Ayam dipotong kecik2 (digoreng separuh masak)
Sotong dipotong dan digoreng tanpa minyak (untuk mengurangkan air dalam sotong)
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
halia di ketuk
serai diketuk
bunga kobis
jagung muda
carrot
2 sudu besar cili kisar
sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap
daun limau purut
garam secukup rasa
Cara-cara
1. Bahan bertanda * ditumbuk
2. Tumis bahan tumbuk, halia dan serai sehingga naik bau
3. Masukan cili kisar dan biarkan seketika
4. Masukan segala sos mengikut citarasa masing2
5. Masukan sedikit air dan daun limau purut
6. Masukan sayur2 yang telah dipotong
7. Masukan ayam dan sotong
8. Kalau kuah belum masin, masukan garam sesedap rasa
*** Saya masak ni bergantung kepada apa yang ada dalam peti ais tu. Kalau nak pedas boleh la letak cili padi sikit, lepas tu letak la tomato, udang
entry khas untuk aku ka ni? haha
ReplyDeleteblh la wei.aku x tuju lagu,tuju resepi
ReplyDelete