Bila fikir semula kesusahan dan keadaan masa kecil dulu rasa sangat2 bersyukur dengan kehidupan sekarang. Walaupun tidak memiliki kemewahan yang melimpah ruah tetapi alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada sekarang. Saya tak malu mengaku saya seorang anak penoreh getah, tetapi saya bangga dilahirkan sebagai anak penoreh getah kerana ia membuatkan saya lebih menghargai kedua ibu bapa saya.
Kehidupan mak dan ayah sebagai penoreh getah sangat2 memberi kesan kepada saya. Saya sangat2 menghargai segala apa yang dilakukan oleh mak ayah daripada dulu sampai sekarang. Dulu memang hidup dalam kekurangan wang ringgit tetapi alhamdulillah saya dan adik beradik tidak merasa kekurangan kasih sayang. Walaupun mak dan ayah tak mewahkan kami dengan wang ringgit, kami digantikan dengan kemewahan kasih sayang yang melimpah ruah. Sampai sekarang masih berkekalan.
Sesudah Subuh ayah dan mak akan bergerak ke kebun untuk mencari rezeki. Terpaksa meredah kesejukan pagi, gigitan nyamuk dan bahaya lain yang mungkin menanti di dalam kebun getah itu. Namun ayah dan mak mengenepikan semua itu demi mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan dan duit itu juga lah yang menampung perbelanjaan persekolahan saya, kakak dan adik. Masa kecik saya juga selalu ikut ayah dan mak ke kebun sebab tak ada orang nak jaga saya di rumah, kakak ke sekolah. Sampai saja di kebun mak akan bentangkan tikar, pasangkan ubat nyamuk. Duduklah saya kat situ.
Kehidupan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bila hari hujan atau musim daun getah meluruh, kehidupan kami memang susah sebab kalau hari hujan tak boleh menoreh, kalau musum daun getah meluruh pula getah akan jadi kurang. Pada masa tu pendapatan memang merosot. Pernah makan nasik hanya berkuahkan kicap. Kami adik beradik tau ni bukan pinta mak dengan ayah dan kami juga tau mak dan ayah akan melakukan yang terbaik untuk kami adik beradik. Walaupun tak dapat makan makanan sedap2 tapi syukur lah masih lagi ada sesuatu untuk mengisi perut.
Pernah juga getah (sekerap) yang ditoreh dicuri orang. Kesian tengok muka ayah dan mak pada waktu itu. Ye lah dah la kerja penat2, nak cari duit untuk keluarga, nak biaya persekolahan anak, semua mengharapkan duit daripada jualan getah tetapi bila sampai saja ke kebun, tengok2 semuanya lesap. Hancur luluh hati ayah dan mak. Walaupun tak keluar daripada mulut ayah dan mak yang mereka kecewa tapi kami adik beradik sangat2 memahaminya.
Pada waktu susah, susah juga lah saudara nak dekat sebab takut kita akan meminta2. Biasalah kan memang adat hidup macamtu. Masa kita senang, gembira memang ramai orang yang nak berkongsi kegembiraan kita tapi bila kita susah, hanya kita yang merasai dan menanggungnya. Sekarang alhamdulillah hidup ayah dan mak dah tak sesusah dulu. Walaupun susah tapi kami adik beradik masih tetap dapat menikmati kehidupan seperti orang lain cuma mungkin sedikit berbeza.
Ini merupakan salah satu sebab kenapa saya rasa kecewa sangat bila orang kata balik kampung habiskan duit. Memang saya akui duit akan habis sebab perjalanan jauh. Tapi bila difikirkan balik segala pengorbanan mak dan ayah, saya ketepikan semua itu. Alhamdulillah saya dapat suami yang sangat memahami. Saya juga bersyukur sebab ikatan kekeluarga kami sangat kuat antara satu sama lain. Semoga ianya berterusan sehingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.