Monday, May 23, 2011

Bershopping Berdua

Cubaan pertama dan untuk kali terakhir sementara nak tunggu Haziq boleh tolak troli barang. Semalam gatal la ibu ni kan nak pergi cari barang tak sabar2 nak tunggu abah balik keje. 

Abah : boleh ke dengan barang lagi, dengan torli lagi.
Ibu : Boleh. Tak pernah cuba lagi. Kena la cuba tengok macamana
Abah : Kalau dah kata boleh, pegi lah tapi hati2
Ibu : OK

Tapi sebenarnya memang ibu neves2 jugak la sebab selalunya bertiga tapi ni berdua saja. Tak pe, bak ibu kata tadi kan kena cuba, kalau tak cuba tak tau. Ibu pun dah pesan kat Haziq sila beri kerjasama dengan ibu. Masa mula2 nak masuk tu Haziq dah beriya tengok mainan2 kat lar tu. Tapi ibu berjaya tenangkan Haziq. Lepastu fikir kalau nak bawa raga susah la nak handle Haziq, kalau troli ok la boleh letak Haziq sekali. So decide ambik troli. Awal2 tu Haziq memang bagi kerjasama yang baik. Tapi lepas tu, huhu.... Haziq bersungguh2 nak turun puas ibu pujuk tapi memang tak makan saman sampai ibu terpaksa turunkan Haziq. Lepas tu ibu pening nak kejar Haziq ke nak tolak troli.

Ibu letak jugak Haziq yang tengah ngamuk2 dalam troli tu. Terus pegi kat kaunter, bayar, lepas tu balik. Huhu... ni la cubaan kita keluar berdua2an ye sayang. Lepas ni kena tunggu Haziq betul2 besar baru boleh keluar berdua2an dengan ibu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.