Masa ibu tengah masak semalam bising je kat ruang tamu dua beranak tu dok main football, Haziq sepak tak jauh mana pun bising goal saja lebih. Tapi ibu seronok tengok dua orang kesayangan ibu main sama2, gembira macam tu. Abah dah ada kawan dah sekarang ni, hero dah besar.
Masa makan nasi tiba2 Haziq kata sadap. Sekarang dah banyak word Haziq cakap tu dah boleh faham, orang kata berbutir. 2 malam lepas Haziq pakai kasut abah, lepas tu Haziq kata kai shot bah. Dah banyak berkata2 dah anak ibu ye. Bagus2, 1 perkembangan yang baik.
Masa tengah tengok tv (bola Kelantan vs Selangor) memang bising la Haziq. Kejap2 bangun pegi depan tv, kejap2 duduk ats riba abah, kejap dok atas kerusi sambil jerit goal. Masa Haziq dok atas riba abah tu abah makan asam, tapi abah sembunyi2 kunyah. Letak dalam mulut lepas tu kalau Haziq tak tengok abah baru kunyah. Tiba2 Haziq pusing kat abah, Haziq buat macam orang dok mengunyah tapi dengan versi laju. Kelakarnya. Ibu memang gelak kaw2 la. Abah kata ibu gelak sampai tak ingat dunia. Abah tak nampak apa Haziq buat kalau abah nampak mesti abah pun gelak. Lepas tu ibu suruh Haziq buat balik apa yang Haziq buat tadi nak demo kat abah, abah lak gelak tapi tak de la excited macam ibu. Tapi sayangnya tak sempat nak record.
Sebelum tido, lepas salam, kiss, babai ibu dengan abah on the way nak masuk bilik tu kat tepi tu ada bekas mainan Haziq yang bersepah2, sape lagi kalau bukan Haziq yang sepahkan. Tak kan ibu dengan abah yang nak sepahkan. Haziq kata pan, pan lepastu duduk kat situ simpan mainan2 dulu masuk dalam bekas tu. Lepas tu baru masuk bilik. Good boy
good boy..
ReplyDeletealhamdulillah...amin
ReplyDelete