Wednesday, April 6, 2011

Ketidakan Kesabaran Kenakan Kebalikan Kekampungan

Lambatnya esok. Nak balik kampung ni. Rasa macam lama gila tak balik padahal baru balik bulan lepas. Hmm... Dah anak kampungkn, memang macamni la. Haziq pulak lately ni asyik dok panggil orang2 kat kampung je, ayah, pak cik, along... lagi la menambahkan ketidak kesabaran ibu. Tapi rasanya kalau Haziq dah boleh cakap mesti Haziq tanya bu, bila nak balik kampung ni sebab Haziq enjoy kat kampung, boleh jalan sana sini, bangun pagi terus ketuk pintu nak keluar tengok lembu, ayam, itik. Pendek kata memang busy la Haziq kat kampung. Tambah lak ada ramai yang melayan. Lagi la tak cukup masa 24jam Haziq tu.

Cadang nak balik kampung petang esok. Lepas tu Jumaat nak bawak mak, ayah, adik p Taiping. InsyaAllah, mudah-mudahan tercapai la. Nak pergi rumah kawan, kebetulan mak ayah pun kenal kawan tu dan family dia, so lagi best kan. Lepas tu tadi kak kata maybe dia dengan family pun nak ikut. lagi best. Boleh jalan2 kan. Tujuan asal nak jumpa kawan tu nak buat insurans untuk Haziq. huhu... anak dah setahun lebih baru nak kelam kabut buat insurans. Jangan jadi macam saya ye.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.