Monday, April 4, 2011

Perkembangan 1 tahun 4 bulan

Betul orang cakap. Tengok anak membesar memang 1 pengalaman yang sangat2 bermakna. Haziq, nama yang sangat bermakna buat ibu, yang buatkan ibu terbayang2, tersenyum sorang2 bila fikirkan Haziq. Rasa macam dah besar dah anak ibu ni. 


Sekarang ni dah pandai

1. Baca doa sebelum makan. Tapi doa dalam bahasa Haziq la. Last2 sekali dengar 'amen' je. Dulu masa mula2, panjang doa Haziq. Tapi makin lama makin pendek, tangan pun kadang2 sebelah je yang angkat. Kadang2 cuma dengar 'Ya Allah' lepas tu 'amen'.hehe... Tapi kadang2 tu Haziq terlupa. Bila dah makan ibu tanya dah baca doa belum, baru la angkat tangan


2. Kalau makan kena duduk. 1 hari tu ibu belikan donut, Haziq minta donut, ibu pun bagi. Lepas tu Haziq terus duduk kat atas jalan tu. hmm... ibu salah ok. Jangan makan sambil berjalan. Anak dah ok, ibu lak buat salah kan

3. Kalau lepas babai Haziq akan kata 'tea ki'. Tu maknanya take care la. Tapi biasala kan dalam bahasa Haziq la

4. Kalau bagi apa2 pada Haziq, Haziq akan cakap 'cece'. Tu maknanya terima kasih. dah banyak dah ibu belajar bahasa Haziq.hehe...

5. Suka masuk dalam almari baju. Kadang2 siap masuk berkelah dalam almari baju tu. Ibu tau la rumah kita takde meja makan. Nanti ibu dan abah carikan Haziq 1 kerusi tangan warna oghen ye.

bersepah gile almari.iskh3

6. Yang ni ibu tak berapa gemar. Kalau pegi mana2, nampak je tempat jual mainan mesti terjerit2. Kalau time tu kena dukung mesti meronta2 nk turun, kalau berjalan sendiri memang laju je menapak ke arah tu.hmm...berpada2 ye


7. Malam2 sekarang Haziq dah tidur lambat. Dalam pukul 11 lebih baru nak tidur. huhu... kadang2 ibu rasa macam nak tidur dulu je daripada Haziq. kalaulah boleh

8. Kalau nampak budak2 kecik sikit mesti Haziq panggil baby, baby. Tapi kadang2 malam2 kena dodoikan Haziq macam masa baby dulu. Baring atas riba, hok hek hok hek macam baby. Haziq terkenang masa muda ke? Ke Haziq nak baby? Jeng jeng jeng

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.