Friday, August 3, 2012

Cheezy Roti Haziq

Sesuka hati saja kan letak nama macamtu, cheezy roti haziq. Tapi tak pe lah sebab ibu Haziq yang buat, so tak salah lah. Bagi sape2 yang rasa pelik tu, ni merujuk kepada roti john la ye. Petang semalam bagitau encik asben nak buat roti john, boleh lak dia cakap jangan jadi roti canai sudah la. Ooo... takpe, belum cuba belum tau. Akan dibuktikan dan memang terbukti. Haziq makan separuh. Habis mintak lagi, hulur pinggan. Bu, abish bu, syedap bu, slurpp. Sampai jilat jari lak tu. Terima kasih sayang, tak sia2 ibu buat ; ) Terharu dengan reaksi tu. Hehe...


Bahan-bahan

3 keping roti frankfurter ( dipotong 2 tapi jangan sampai putus )
Sedikit minyak / mentega

Inti

2 keping daging burger ( saya guna burger ayam - rebus sampai lembut lepastu lenyek)
2 biji telur ( dipukul sedikit )
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji bawang besar ( dihiris biasa atau di potong dadu. ikut la nak letak ke tak ye )
hirisan daun sup
1/2 sudu besar sos cili
1 keping cheese ( koyak nipis2 )

Cara - cara

1. Satukan kesemua inti ke dalam 1 bekas dan kacau sebati
2. Panaskan sedikit minyak / mentega di dalam kuali leper.
3. Tuangkan adunan inti tadi ke dalam kuali - jangan tuang semua, agak2 cukup untuk 1 roti tu. sentiasa gunakan api yang perlahan
4. Tekapkan roti tadi di atas telur sebaik saja telur hampir kering - tekan kan sedikit roti supaya telur melekat pada roti, tapi jangan sampai kemek dah la ye
5. Angkat dan terbalikan roti
6. Letakan sos kegemaran - sos cili, mayonis. Hias lah ikut citarasa masing2, nak letak salad ke, timun ke, tomato ke. Tak letak pun ok

Bila masa berbuka encik asben pun cuba la roti yang isteri dia buat ni. Respon pun lebih kurang Haziq jugak ;) Siap pesan esok buat lagi ye. Saya tanya buat roti ni ke, roti canai? Haa... See the hand la

3 comments:

  1. wahhh menarik. nak cuba jugak lah ;)

    ReplyDelete
  2. mcm sedap je, nak try la hehe ;)

    ReplyDelete
  3. nampak sedap. ok dah lapa!

    www.diyanamarissa.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.