Masa orang sibuk2 cari baju raya, shopping baju raya sana sini, teringat pulak zaman2 saya berniaga baju raya dulu. Dulu start habis SPM saya dah tolong kak sepupu berniaga baju raya. Tapi dia cuma buat as part time sebab dia memang kerja. Masa tu saya berniaga dengan adik dia (sepupu saya la jugak). Ingat lagi time tu kat belakang PJ Plaza, Jitra. Sekarang ni dah tak wujud dah pasaraya tu, dah jadi pasaraya lain. Kat belakang pasaraya tu ada la expo pada bulan puasa, jual baju2 raya, segala persiapan untuk raya la. Masa tu bumbung tempat tu cuma guna plastik tebal tu. Warna terang2 lak tu. Memang masa berniaga tu rasa macam penyu je sebab air mata asyik mengalir sebab panas, dah la time puasa. Sabar saja la.
Masa mula2 berniaga tu berdua lagi tapi bila agak banyak hari sikit, saya dah biasa, tinggal la saya sorang2. Pagi2 pergi bukak kanvas yang tutup baju2 tu. Tapi selalu kak sepupu tolong la sebelum dia masuk kerja tu. Dia datang pagi kejap lepas tu petang lepas habis kerja sampai malam. Seronok berniaga ni, saya memang minat. Time tu orang sebelah tu jual kaset, buku2 agama. Sorang sebaya saya, sorang lagi dah pangkat abang la. Berkawan la dengan diorang. Kalau time sembahyang Jumaat tu saya tolong la tengokan gerai diorg skali. Macamtu la jugak klu time saya nk pegi tandas ke sembahyang ke. Kena saling tolong menolong, percaya dan iklas.
Maca2 kerenah orang boleh tengok. Tapi part yang susah sikit bila ada orang yang saya raya pak cik atau mak cik yang dah tua2 datang bawa anak nak beli baju raya lepastu sesi tawar menawar tu memang saya rasa lemah sangat sebab tengok muka diorang saya terbayang mak ayah. Jadi tak sampai hati. Huhu....Semua tu jadi pengalaman dan banyak yang boleh belajar dari situ.
Lepastu masa study kebetulan time bulan puasa saya cuti sem, boleh la kerja lagi. Tapi kali ni kat City Plaza, Alor Star. Sini ok sikit sebab dalam bangunan, ada air cond, kipas. Tak la rasa bahang2 panas sangat. Pagi2 pergi naik bas atau pun tumpang kak sepupu sebab dia kerja kat Alor Star. Kat sini kerap sikit kak sepupu datang sebab dekat dengan office, time lunch pun datang jenguk kejap. Kat sini kawan2 ramai adik2 la, perempuan. Kalau time cik P datang tu pegi la buat muka slamber beli kat kaunter yang jual wafer, corn, semua tu lepas tu makan nyorok2 celah2 baju. Kelakar.
Yang last sekali saya berniaga dia Seberang .... Seberang Jaya ke Seberang Prai tah. Saya pun lupa. Tapi kalau setiap kali nak balik kampung memang akan lalu la tempat tu. Kat sini lagi la mencabar sebab saya memang sorang2 dan kak sepupu tak datang setiap hari. Huhu... Masa ni berjiran dengan orang jual kain pasang dari Tanjung Malim, ingat lagi nama dia Man. Baik jugak orang nya. Kalau time nk tinggal pergi beli makan, pergi surau gilir2 dengan dia la. Time saya pegi, saya dia tolong tengokan. Macamtu la sebaliknya.
Kat mana pun berniaga, malam raya tu mest akan tutup kedai dalam pukul 2am atau 3am sebab ramai orang datang lewat2 sebab nak tunggu yang murah2. Masa ni memang meriah. Tapi memang seronok. Yang lagi seronok sebab boleh belikan baju raya untuk mak, ayah, adik, buat persiapan raya dengan duit gaji sendiri. Terkenang la pulak
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.