Raya kali ni agak suram sikit. Kenapa ntah. Tapi apa2 pun best sebab dapat spent masa kat kampung dengan family. Macam biasa la bila nak balik kampung susah nak ada plan yang betul2 dari encik asben. Macam kali ni plan nak balik hari Jumaat, lepas encik asben habis kerja, dalam pukul 3.30 pm macamtu la. Tapi encik asben memang tak sabar nak balik kampung sebenarnya. Malam Khamis tu dia dah ajak saya kemas2 macam nak balik hari Khamis tu je gayanya. Malam jumaat tu dia tengok parking pun dah banyak kosong, lepastu tengok orang isi beg dalam kereta, lagi la dia rasa tak sabar.
Tiba2 encik asben cakap kita balik selepas sahur la. Lepastu saya lak kata apa kata kita bertolak sebelum sahur saja. Lepas tu capai persetujuan, bertolak pukul 3am. Malam tu Haziq tolong abah angkut beg masuk kereta. Memang excited Haziq kalau cakap nak balik rumah ayah. Ibu lak lagi la excited. Langsung tak boleh tidur. Pukul 1am tengok kat tingkap ada family yang masukan barang dalam kereta, balik kampung. Lambat lak rasa nak tunggu pukul 3am nak kejut encik asben. Lepas dah siap2, nak angkat Haziq masuk kereta, terus dia pun jaga. Haziq tanya nak pegi mana ni. Cakap nak balik rumah ayah. Terus dia pun bangun.
Berhenti sahur kat hentian Rawang ke mana ntah. Time sahur pun dah jammed. Tempat parking langsung la tak ada. Tunggu kat tepi, sorang pegi tapau. Haziq tidur balik pukul 6am. Lepastu berhenti lagi sekali kat hentian mana ntah, mandikan Haziq.
Petang tu kak message tanya dan bukak posa kat rumah x esok. Saya pun jawab la xdan sebab pukul 3pm lbh baru nk bertolak. Tapi ni tengok2 pukul 3.30am dah bertolak. Kiranya balik ni buat suprise la. Pukul 11.30am sampai kampung. Lebih kurang 8 jam jugak la perjalanan. Ada jugak jammed sikit2 kat jalan tu. Tapi kalau bertolak petang comfirm la lagi teruk.
Dah sampai kat pekan Jitra tu ajak la encik asben p KFC sebab nak belikan makanan untuk Haziq. Skali dah sampai, turun tengok kat pintu tu tulis buka pukul 3pm. Baru tau kat Kedah amalkan sistem macamtu sempena bulan puasa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.