Ini adalah antara tips yang saya pernah baca di internet dan yang saya amalkan
Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak kerana semua kata-kata, impian,harapan ibu bapa adalah doa yang paling berkesan pada seorang anak
1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7x dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...
2. bangun pagi peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pd niat kita utk si anak)
3. baca al-fatihah,baca surah taha ayat 1-5kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAN NABI DAUD BAGI BESI" dan hembuskan makanan/minuman/susu.
4. Ayat Qursi utk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca utk menghindarkan anasir negatif yg masuk ke dlm badan anak yg menyebabkan mereka degil.
5. Surah Insyirah (Alam Nasyrah). Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati & mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati. 6. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
7.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
8. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan seeloknya ketika anak nak lelapkan mata
9. Selepas solat lima waktu, amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
10. Surah Al-Anbiyaa ayat 69. Utk anak2 yg susah hendak sembahyang & liat sangat, doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud " Ya Allah jadikan aku & anak-anakku org yg mendirikan solat".
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
Soalan dijawab oleh Rosnah Ahmad, Pengusaha Tadika dan Taska Islam dan Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pahang. Persoalan dan jawapan layari www.wanitajimceria.blogspot.com
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
anak2 bergaduh
- Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
- Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
- Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
- Surah Toha ayat 1-5
Bg anak2 yg suka keluar malam
- Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Sedikit sumber dari http://azzahh.multiply.com/journal/item/15
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.