Thursday, September 2, 2010

Are You Moist Enough?

Tengok word moist tu teringat je kat moist chocolate cake kan. Ni macam picture kat bawah ni...
Tapi hari ni saya bukan nak cerita pasal moist chocolate cake tu ye. Nak cite pasal kulit bersama Vaseline k.Are you moist enough? Adakah kulit anda cukup lembap? Bercerita pasal kelembapan kulit ni saya memang akui Vaseline memang elok untuk mengekalkan kelembapan kulit. Saya memang gunakan losyen Vaseline dan Vaseline Intensive Care 100% Pure Petroleum Jelly.

Petroleum Jelly ni saya gunakan setiap hari pada bibir, siku (memang port yang kering),tumit kaki dan baby pun boleh jugak gunakan Petroleum Jelly ni.

Vaseline telah mengeluarkan produk baru yang iaitu : Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.

Intensive Rescue mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.

Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.

Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.

Size yang kecil dan comel tu senang nak bawa ke mana-mana pun ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.