Thursday, September 2, 2010

Puding Marble

Bahan-Bahan

- 1 paket agar-agar (10g) ambik yang xde warna apa2,natural je k
- 2 gelas air
- 2 gelas susu cair
- 1/2 gelas gula (klu suka manis2,tambah la lg)
- 2 sudu besar milo - dibancuh dengan air suam supaya sebati
- 2 sudu besar tepung kastard

Cara

1. Masakan air hingga mendidih kemudian masukan gula dan agar2
2.Dalam bekas lain kacau tepung kastard dengan susu cair
3.Dalam bekas lain lagi bancuh milo dengan air suam
4. Bila gula,agar2 dah sebati,masukan tepung kastad yg telah dikacau dgn susu cair kemudian tapis (masukan langkah 2 dlm langkah 1)
5. kacau sehingga sebati
6.bahagikan kepada 2 bahagian - natural dan milo
7. 1 bahagian dicampur dengan milo yang telah dibancuh dgn air suam (pastikan bancuhan milo juga ditapis utk mengelakan puding dari berketul) - selepas itu boleh la buat layernya selang seli natural dan milo selapis2
8. sejukan dalam peti ais masing2.jgn letak kat rumah jiran nanti habis lak ;)
* milo tu boleh juga guna koko, susu cair tu ada yang guna susu segar.bergantung pada citarasa masing2

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.