Thursday, April 25, 2013

Apa harus saya buat ni

Sebelum ni saya ada psot pasal satu artikel yang berkaitan saya dan anak2. Kejadian tu pagi, masa saya hantar anak2 ke taska. Dah masuk office saya pun pm la owner taska minta maaf kalau anak saya terlalu teruk seperti yang digambarkan oleh pekerja taska tu. Saya namakan pekerja taska tu sebagai kak C. Sebab saya rasa lebih baik kalau berurusan terus dengan owner. Tapi owner tu cakap ok, biasa la budak2. Saya namakan owner tu A, mak owner tu kak B.Lepastu A pun cakap tak ada apa cumanya kak C tu memang mulut lancang. Sebelum saya kena dah ada parent lain kena dah, parents lain pun ada mengadu dengan A.Lepastu kak C suka cakap perkataan tak elok, suka tengking2. Dengan anak2 dia word sepak, terajang tu perkara biasa. Sebelum ni A dgn kak B dah tegur kak C ni tapi tak ada perubahan. Tapi kak C cakap dengan kak B jangan berlembut dengan budak2 ni nanti diorang pijak kepala. Boleh la pulak macamtu kan, pekerja yang pesan kat owner.

Saya bukan tak boleh terima orang tegur pasal anak2, saya ok je. Kat mak owner (sebab owner tu kerja so mak dia yg ada kat taska) pun saya dah pesan kalau ada apa2 yang Haziq buat tak elok, bagitau saya.  Tapi cara kak C cakap dengan saya pagi tu macam Haziq tu teruk sangat2, macam Haziq tu dah umur 11 tahun tapi berperangai macamtu.

Lepas saya pm A, dia terus call mama dia (kak B) cerita pasal tu. Lepastu kak B pun tegur la kak C ni. Time tu jugak la dia lari dari taska. Dalam pukul 11am macamtu. Lepastu dia marah kat saya la sebab macam saya la punca dia kena tegur.

Sebenarnya kak C ni rumah dia 1 blok dengan rumah saya. Dulu masa Haziq umur 6 bulan saya ada cari pengasuh untuk jaga Haziq, lepas tu ada orang bagitau saya pasal kak C tengah cari nak jaga budak2. Saya pun pergi lah rumah kak C. Masa tu dalam hati saya dah tak berapa rasa ok sangat dah. Lepastu 1 haritu kak C datang rumah saya tengok Haziq. Time tu mak saya ada kat rumah, jaga Haziq. Kak C bawa anak dia datang rumah, anak dia tumpahkan cili dalam peti ais kat dapur saya, anak dia ketuk kepala Haziq. So saya pun msg la kak C cakap tak jadi nak hantar anak sebab buat masa ni bagi mak jaga dulu.

Tapi tengok2 panjang jodoh dia dengan Haziq, 2 bulan lepas dia pergi taska cari keje. Kebetulan time tu taska memang memerlukan pekerja. Masa mula2 kak C kerja tu memang dia tak nak cakap dengan saya. Padahal tu kejadian 3 tahun lepas, lagipun saya bagitau dia dengan cara elok masa tak jadi hantar tu tapi dia still tak puas hati dengan saya. Tapi saya tetap tegur, senyum dgn dia walaupun dia buat derk je. Huhu...

Ada juga anak kawan saya yang takut sampai tak nak makan kat taska. Masa makan je p duduk kat tangga sambil nangis. Sebab kak C panggil budak2 dengan menengking, suruh makan. Haziq dpt word boleh blah sebab kak C suka cakap kat Haziq mcmtu ( ni kak B yang bagitau saya sendiri) sebab saya pelik kat rumah Haziq selalu cakap bu, boleh blah la. Depan mata saya juga saya pernah tengok kak C sepak bantal, dia tak guna tangan tapi guna kaki nak alihkan bantal tu ke tepi. Bila anak2 dia datang taska, dia cakap ko pegi balik, aku terajang nanti. Huhu....

Pagi Selasa tu kak B bagitau kak C call taska tanya Haziq dengan Dhia ada lg ke kat taska. Dia tak tanya pasal budak2 lain, cuma tanyakan pasal anak2 saya.

Petang selasa tu kak C p jumpa kawan saya yang sama hantar anak kat taska tu. Sebelum mula tu kak C tanya kat kawan saya tu rapat ke dengan saya. Kak C cerita pasal saya, pasal kes Haziq 3 tahun lepas. Kak C cakap Haziq jadi macamtu sebab mak saya jaga Haziq, terlalu manjakan Haziq. Tapi dia tak tau yang orang lain yang jaga Haziq lepas saya tak jadi hantar kat dia. Huhu...Banyak jugak la kak C cakap buruk pasal mak. Lepastu cakap buruk pasal saya. Yang paling best kak C cakap Dhia tu kalau tak tidur, budak2 lain pun tak boleh tidur. Agak2 la kot kan Dhia tu baru 6 bulan. Kak C jugak cakap budak2 lain kat taska tu ok cuma Haziq dengan Dhia je tak ok. Padahal ada budak lain yang kes suka menggigit orang. Huhu...

Lepastu petang semalam kak B bagitau kak C datang taska, tapi cuma tanya pasal anak2 saya jugak, budak2 lain dia tak tanya. Lepas tu kak C bagitau dia marah sebab saya tak minta maaf dengan dia dan dia juga bagitau yang dia akan serang saya di rumah.

Ok, part serang menyerang ni memang saya sangat2 takut. Saya tak berani nak gaduh2 dengan orang ni. Sekarang saya dah fobia dengan BLM putih sebab kak C naik BLM putih. Pagi tadi ada kereta tu kat belakang kereta saya lepastu dia pun masuk parking kat blok saya jugak. Dalam hati memang dah dup dap dah. Saya siap lock semua pintu. Saya takut. Huhu... Memang saya rasa saya tak salah sebab memang bukan salah saya. Tapi saya tetap takut.

Saya ingat nak buat police report. Bukan sebab saya terlalu marah dengan dia tapi sebab keselamatan. Saya memang takut sebab dia macam agresif. Huhu... Saya harap dia tak buat apa2 pada anak2 saya.

Abang dan tadika

Haritu dah cerita pasal abang pegi tadika. Memang seronok nak p school. Malam2 pun mintak nak mandi, nak p school. Tapi tu lah setiap hari memang sentiasa tanya update dengan cikgu. Cikgu cakap Haziq ni ok, cuma susah nak tarik perhatian dia suruh duduk diam sebab dia suka ke sana sini.

Hari Selasa dan Khamis ada senaman.
Cikgu : Haziq datang sini main ball
Haziq : tak pe la, cikgu main la kat sana, Haziq main kat sini

Cara abang cakap tu bukan la dengan nada tak  suka tapinya dia nak buat hal dia, macamtu lah.

Cikgu kata yang penting sekarang ni kena buat bagi dia boleh duduk dalam kelas untuk belajar. Lepastu baru boleh fokus nak ajar. 

Cikgu : Haziq, cikgu ajar buat circle
Haziq : cikgu buat la kat sana, ni book Haziq

Semalam 1st time dapat homework. Puas la nak habiskan mewarna. Sampai dengan linangan air mata. Mula2 tu pujuk dengan macam2 lah, nak bawa pegi pantai, nak bawa pegi swimming. Macam2 alasan, nak buat petang nanti, padahal time tu dah malam. Ngantok la,nk tido lah, nak susu lah. Last skali buat jugak sebab cakap kalau abang tak nak buat homework ni ibu bagi baju school abang ni kat orang, abang tak payah pegi school. Memang menangis berjuraian air mata la.

Yang part purple tu sempat la abah pegang tangan abang, ajar mewarna. Yang lain2 tu semua conteng sendiri. Bila pegang tangan je mula lah buat lembik, lepastu cakap sakit lah. Ada je lah alasan

Harap abang dapat sesuaikan diri dengan environment dulu. Setiap hari memang dup dap je rasa fikirkan macamana lah abang kat sekolah sana tu


Tuesday, April 23, 2013

2nd day

Semalam saya dah update pasal 1st day abang pegi school. Abang memang sangat excited. Saya pun berdebar semalam. Fikir macamana lah keadaan abang ni, ok ke tak. Nak call cikgu time tu takut mengganggu. Bersabar, tunggu lepas habis class baru saya call. Masa saya call tu cikgu cakap dia pun nak call saya tapi tak sempat tadi. 

Petang semalam macam2 lah cerita abang pasal school dia.

Abah : abang belajar apa tadi
Abang : ba, ta
Abah : best tak kat school
Abang : besh sangat sambil senyum2
Abah : kawan2 ramai tak
Abang : ramaaaiiiii

Kat rumah pun malam tadi sibuk la nak menulis buku2 yang memang ada di rumah. Kalau sebelum ni memang liat la. Malam tadi adik pun kena marah sebab adik sibuk2 nak tengok abang buat apa. Abang ingat adik nak kacau abang. Adik pulak kyusuk je tengok abang


Semalm siap request suruh buat coklat nak bawa kat kawan2. Ada coklat sikit dalam peti ais tu, nak bawa yang tu tapi tak bagi lah sebab tak cukup, nanti berebut pulak. Abang ni memang selalu ingat kat orang

Abang : bu, ecok nak bawa coklat ni boleh tak
Ibu : abang nak makan ke
Abang : nak bagi kawan2
Ibu : tak boleh la sebab tak cukup ni. Nanti berebut
Abang : nanti ibu buat banyak2 ye
Ibu : ok, nanti ibu buatkan

Pagi tadi sempat borak2 kejap dengan cikgu

Saya : Haziq ok ke cikgu
Cikgu : Ok. Tadika tu macam Haziq yang punya, ke sana sini dia. Haziq pandai berdikari. Walaupun 1st day tapi dia pandai bawa diri. Tapi buat masa sekarang ni saya tak boleh fokus untuk ajar dia sangat sebab saya nak ajar dia disiplin kan diri dulu.
Saya : Tak pe cikgu, cikgu buat lah apa yang patut. Kalau ada apa2, cikgua bagitau lah saya. Haziq memang aktif, tak boleh duduk diam
Cikgu : Tak pe dia kecik lagi, nanti slowly dia akan berubah. Bagus kanak2 aktif ni sebab otak dia cepat berfikir

Hari ni ada senaman. Seronok betul la abang



Adik dah makan

Lambat sungguh la nak update pasal ni. Adik dah makan lama dah tapi ibu lambat update. Adik anak ke dua tapi ni kali pertama ibu buat frozen stock. Huhu... Kalau ikutkan ibu nak buat macam masa abang dulu, masak setiap hari. Tapi ibu rasa macam tak berapa nak mampu buat macamtu. Tambah pulak sekarang ni abah kerja shift, so ibu agak kelam kabut la jugak kadang2 tu.


Nak kurangkan rasa bersalah dengan adik, ibu buat stock puree adik 2x seminggu untuk hari ibu kerja. Hari cuti, ibu masak untuk adik. 




Tapi sekarang ni geram jugak dengan adik ni sebab time suap makan tu bukan mainlagi dia menyembur, sampai ke muka ibu pun ada kesan apa yang adik makan tu. Lepastu kalau dah kenyang, tak nak makan tapi ibu suap jugak, adik senang je, nangis je lah. Kalau dah nangis masa makan tu tandanya dah kenyang lah tu.


Sekarang dah mula bekalkan makanan adik ke taska. Haritu pegi giant lepastu macam berkenan pulak dengan food termos ni, RM 19.90. Masa tu ada sale. Kalau normal price RM 29.90. Tapi ni agak besar la, size 1L, 2 tingkat. Tapi sekarang ni dok fikir2 macam nak beli termos yang kecik sikit je yg 350ml tu. Hehe... Tapi yang ni ada 2 tingkat, blh letak puree dengan bubur. Hmm... tengoklah nanti macamana